Sekilas
- Tiga legenda tanah air, Chef Wan, Tok Jalal dan Tok Ram, bergabung dalam rancangan memasak Dapur Bapak Bapak yang penuh nostalgia dan gelak tawa.
- Rancangan ini mengangkat dapur sebagai 'mesin masa' untuk mengimbau resipi tradisional yang sarat dengan makna dan memori, termasuk Bubur Menado warisan Chef Wan.
- Dapur Bapak Bapak disiarkan setiap malam jam 10 di Astro Prima, Astro One dan boleh distrim di sooka, menampilkan persahabatan dan kisah inspirasi di sebalik setiap hidangan.
Tiga figura legenda tanah air kembali menerusi sebuah rancangan memasak berkonsepkan nostalgia, Dapur Bapak Bapak yang sarat dengan gelak tawa dan momen refleksi.
Menggabungkan Chef Wan, Tok Jalal dan Tok Ram, program tersebut bukan sekadar menyajikan hidangan enak, malah menjadi ruang mengimbau kenangan lama yang penuh makna.
Dalam Dapur Bapak Bapak, dapur diangkat sebagai ‘mesin masa’ yang membawa penonton kembali ke era silam menerusi resipi generasi terdahulu yang menyentuh jiwa.
Antara hidangan istimewa yang diketengahkan ialah Bubur Menado warisan Chef Wan.
Menu tersebut bukan sekadar sajian tradisional, tetapi simbol kesabaran dan kasih sayang keluarga ketika dirinya membesar dalam keadaan serba kekurangan.
Lebih menarik, chemistry semula jadi antara tiga sahabat ini menjadikan rancangan tersebut santai, menghiburkan dan penuh nilai persahabatan yang tulen.
Di sebalik senda gurau dan usikan, terselit kisah kehidupan yang memberi inspirasi bahawa setiap suapan bukan hanya tentang rasa, tetapi sarat dengan makna dan memori.
Jangan lupa saksikan program Dapur Bapak Bapak bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli MS dan Datuk Chef Wan, 10 malam di Astro Prima (saluran 105), Astro One atau strim di sooka.