Skip to main content

Hollywood

Kematian Liam Payne Beri ‘Tamparan’ Buat Harry Styles

Astro Gempak harry styles

Sekilas

  • Harry Styles berkongsi kesedihan dan refleksi diri selepas kehilangan rakan baiknya, Liam Payne, yang meninggal dunia pada 2024.
  • Styles menganggap persahabatan mereka sebagai momen terbaik dan bertekad meneruskan hidup dengan lebih baik sebagai penghormatan kepada Payne.
  • Payne, bekas anggota One Direction, meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni hotel di Argentina pada usia 31 tahun.

Penyanyi Harry Styles buat pertama kali berbicara tentang kedukaan pemergian rakan baiknya yang juga merupakan bekas anggota One Direction, Liam Payne pada 2024.

Styles mengaku kematian Payne memberi tamparan hebat atau impak yang cukup besar sehingga membuat dia melakukan refleksi diri. Pengakuan itu dibuat sewaktu Styles mempromosi album ke-empat, Kiss All The Time, Disco Occasionally yang turut dipengaruhi kehilangan Payne.

“Saya telah bertemu seorang yang bukan hanya baik hati tetapi mahu menjadi terbaik. Ia (perkenalan dan persahabatan) kami adalah momen terbaik buat saya.

“Selepas Payne pergi, saya melihat diri ‘okay apa yang saya mahu lakukan dalam hidup? Apa yang saya mahu dalam hidup? Kemudian saya fikir apa yang boleh saya lakukan selepas kehilangan sahabat istimewa sebagai penghormatan buatnya adalah meneruskan hidup dengan lebih baik,,”luahnya kepada DJ Zane Lowe dalam temubual Apple Music seperti dilaporkan BBC.

Pelantun As It Was itu juga berkata adalah sukar untuk menerima kehilangan orang terdekat seperti sahabat, namun hilang seseorang yang sangat memahami dan ‘seperti dirimu’ adalah terlalu sukar diterima.

Payne ditemui meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas terjatuh daripada balkoni hotel di Argentina pada Oktober 2024.

Styles dan Payne pertama kali berkenalan sewaktu menyertai program realiti hiburan X Factor pada 2010 sebelum Simon Cowell menggabungkan mereka dengan tiga lagi peserta iaitu Niall Horan, Louis Tomlinson dan Zayn Malik dalam One Direction.

Dalam perkongsian sama, Styles mengaku berdepan kesukaran untuk bercakap tentang kematian Payne yang disifatkan sebagai ‘super special person’.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement