Skip to main content

Hiburan

Kongsi Video Masak Nasi Goreng, Riezman Khuzaimi Gamit Memori Netizen - “Teringat Watak Malik Dalam Baik Punya Cilok”

Riezman Khuzaimi

Sekilas

  • Pelakon Riezman Khuzaimi berkongsi video memasak nasi goreng untuk sahur di TikTok dengan gaya santai dan mesra dapur.
  • Video tersebut menarik perhatian ramai yang mengimbau watak Malik lakonannya dalam filem Baik Punya Cilok yang terkenal dengan kemahiran memasak walaupun sebagai antagonis.
  • Netizen turut meninggalkan komen mengenang watak Riezman dan suasana dalam filem tersebut, menambah elemen nostalgia kepada perkongsian itu.

Pelakon, Riezman Khuzaimi menyorot perhatian apabila berkongsi video dirinya yang memasak juadah nasi goreng di TikTok.

Menerusi hantaran yang dibuat, Riezman memaklumkan bahawa juadah tersebut dimasaknya bagi dijadikan sebagai sajian semasa waktu sahur.

Dapat dilihat, Riezman begitu santai dan tidak kekok ketika menggunakan perkakas dapur.

“Nasi goreng untuk sahur,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya mengimbau kembali lakonan Riezman dalam filem Baik Punya Cilok.

Di dalam filem tersebut, Riezman memegang watak sebagai Malik yang merupakan karakter antagonis namun begitu mahir dalam bidang masakan.

“Fuh teringat watak Malik dalam Baik Punya Cilok, garang gila abang dalam filem tu.

“Teringat pula abang masak dalam filem.

“Mana cermin mata bang? Ini kedai Uncle Wong (watak dalam Baik Punya Cilok) kan?,” komen netizen.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

NEW! La'mies Smart Air-Fryer Extra Large Capacity 12L

NEW! La'mies Smart Air-Fryer Extra Large Capacity 12L

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Must-Watch Video

Advertisement