Skip to main content

Berita

Farm Fresh Sahkan Pengarah Ladang Terkorban Nahas Helikopter Di Filipina

Astro Gempak 238

Sekilas

Syarikat pengeluar produk tenusu tempatan, Farm Fresh Berhad mengesahkan pengarah ladangnya maut dalam nahas helikopter di Pililla, Wilayah Rizal, Filipina pada pagi Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee berkata, pengarah ladangnya, Jacob Mathan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi ketika menaiki helikopter yang terhempas dalam perjalanan ke sebuah tapak ladang berpotensi di negara berkenaan.

Menurutnya, penerbangan yang pada awalnya dijangka sebagai perjalanan biasa bertukar menjadi tragedi selepas helikopter tersebut mengalami masalah enjin.

"Saya masih sukar memproses kejadian ini walaupun beberapa jam selepas dimaklumkan mengenai pemergiannya.

"Ketua Pegawai Eksekutif kami di Filipina, Shawn turut cedera dan syukurlah kini berada dalam keadaan stabil. Marilah kita semua mendoakan kekuatan dan ketabahan buat isteri Jacob, Amy serta keluarga mereka, dan juga agar Shawn segera pulih," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia maut manakala seorang lagi cedera apabila sebuah helikopter yang membawa lima individu terlibat dalam nahas di Filipina.

Kemalangan itu turut mengorbankan nyawa seorang penumpang warga Filipina selepas helikopter jenis Bell 505 itu dilaporkan melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan tanah kosong kira-kira jam 7.27 pagi.

Tuan Ee memberitahu, Jacob merupakan anggota penting dan sangat disayangi dalam keluarga Farm Fresh serta telah lama berkhidmat bersama syarikat tersebut.

"Jacob menyertai keluarga Farm Fresh sebagai pelatih universiti 13 tahun lalu. Saya masih dapat mengingati dengan jelas hari pertama beliau menyertai saya di Ladang Mawai. 

"Beliau menunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi, keinginan belajar yang besar dan yang paling penting, beliau seorang yang benar-benar baik," kongsinya lagi.

Menurut Tuan Ee, Jacob juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjayanya sehingga meningkat naik dalam organisasi dan dilantik sebagai Pengarah Ladang.

Beliau menambah, Jacob dikenali sebagai seorang profesional yang berdedikasi, amanah serta sangat dipercayai dalam setiap urusan kerja. 

Selain itu, beliau menyifatkan, anak muda terbabit sebagai seorang yang ramah, hormat dan beradab sehingga dihormati serta disenangi oleh seluruh warga Farm Fresh, sekali gus diibarat seperti ahli keluarnya sendiri.

"Saya percaya ramai yang boleh mengakui bagaimana Jacob telah menyumbang dalam membawa syarikat ini ke tahap yang lebih tinggi, khususnya dalam bahagian ladang tenusu kami, sambil membina hubungan baik dengan semua anggota pasukan yang berkaitan, kontraktor serta pembekal," ujarnya.

Tuan Ee memaklumkan, Jacob juga telah membina hubungan yang kukuh dan kepercayaan dengan agensi kerajaan berkaitan, khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Kata beliau, pemergian Jacob merupakan satu kehilangan besar kepada syarikat dan seluruh keluarga Farm Fresh, namun mereka akan terus bekerja bersama-sama demi mengenang jasanya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement