Skip to main content

Hiburan

Cara Penyampaian Radio Dikritik, Elly Arifin Terbuka Terima Teguran - “Saya Baca Setiap Komen…”

Elly Arifin

Pengacara dan penyampai radio, Elly Arifin mengakui tidak pernah berkecil hati dengan kritikan pendengar mengenai cara penyampaiannya ketika mengendalikan sebuah segmen di sebuah stesen radio tempatan.

Menurut Elly, sebelum melibatkan diri dalam dunia penyiaran, dia sudah menetapkan minda bahawa kritikan merupakan perkara biasa yang perlu dihadapinya.

“Alhamdulillah, saya tidak terasa hati langsung. Dari awal lagi sebelum masuk ke dunia radio atau televisyen, saya sudah set dalam fikiran untuk bersedia menerima apa sahaja kritikan atau teguran.

“Saya cuba melihat semuanya dari sudut positif dan alihkan perkara itu ke arah yang lebih baik. Saya tak mahu bersikap ego atau cepat melenting, sebab kita sendiri kadang-kadang tidak sedar di mana kelemahan kita,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis Jom Kongsi Rezeki - Bersama Anak Yatim yang berlangsung di Urban Park Hall, Shah Alam.

Tambah Elly, dia juga mengambil pendekatan membaca setiap komen yang diterima kerana percaya teguran daripada orang ramai boleh membantu dirinya menjadi lebih baik.

“Saya baca setiap komen dan memang menerima setiap teguran. Kalau tiada teguran, mungkin saya akan rasa syok sendiri.

“Saya tak tahu mana silap saya dan mana yang perlu diperbaiki. Jadi bila orang tegur, saya ambil sebagai panduan untuk memperbaiki diri. Setiap hari adalah proses pembelajaran. Jadi apabila menerima nasihat atau teguran, saya akan ucap terima kasih dan ambil daripada sudut positif supaya saya boleh terus memperbaiki diri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Elly juga mengakui ada berbincang dengan rakan sekerja, Fad dan Ajak mengenai isu yang dibangkitkan oleh netizen.

“Kami ada berbincang mengenai perkara ini dan saya juga sudah cuba mempraktikkannya dengan Fad dan Ajak. Saya faham sebagai seorang perempuan, mungkin tidak manis jika saya tidak menggunakan panggilan seperti ‘saya’ dan ‘awak’,”

“Fad dan Ajak memang kawan-kawan saya, tapi itu bukan alasan. Saya perlu profesional. Saya bukan bercakap hanya dengan kawan-kawan di konti, tetapi dengan semua pendengar termasuk mereka yang tidak mengenali saya.

“Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu iktibar. Saya akan alihkan perkara itu ke arah yang lebih baik supaya dapat memuaskan hati semua pendengar,” tambahnya.

Sementara itu, Elly turut berkongsi penglibatannya dalam majlis berkenaan bukan sekadar sebagai pengacara, malah turut membantu penganjur dengan memberikan sedikit panduan memandangkan program tersebut dianjurkan buat kali pertama.

Menurutnya, penganjur yang masih baharu dalam mengendalikan acara seumpama itu meminta nasihat daripadanya bagi memastikan majlis berjalan lancar.

"Saya hadir sebagai pengacara tapi saya juga sebagai penasihat untuk penganjur yang adakan majlis ini. Sebab penganjur masih baru jadi dia mahu berkongsi rezeki dengan semua orang. Jadi dia ada minta nasihat sikit-sikitlah.
"Ini adalah pertama kali pengajur jadi saya nasihatkan sahaja apa yang perlu dilakukan. Dan kami sampaikan bantuan hari raya kepada 50 orang anak yatim daripada YPK Serendah," tambahnya.

Seramai 50 orang anak yatim dari ASKAS bersama tiga orang penjaga termasuk pengetua, Halimah Saadiah Mohd Nawi, telah diraikan dalam majlis tersebut.

Program ini bukan sahaja menyediakan jamuan berbuka puasa, malah turut diserikan dengan pelbagai aktiviti Ramadan seperti zikir, persembahan nasyid serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak tersebut.

Menariknya, program ini turut mempunyai nilai sentimental yang mendalam kerana salah seorang individu yang terlibat dalam penganjuran program ini, Muhamad Izzat bin Samadi, merupakan bekas penghuni ASKAS yang pernah tinggal di rumah kebajikan tersebut selama enam tahun.

Pengalaman tersebut menjadi inspirasi kepada beliau untuk kembali berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak di rumah tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement