Skip to main content

Hiburan

Brooklyn Minta Hubungi Peguam, Halang David-Victoria Buat Kenyataan Di Media Sosial

Victoria Beckham

Hubungan anak beranak antara pesohor dunia, David dan Victoria Beckham bersama anak sulung mereka, Brooklyn nampaknya semakin memanas.

Selepas spekulasi demi spekulasi mengenai hubungan tegang mereka tercetus selepas melihat banyak acara penting dan foto keluarga Beckham tidak disertai Brooklyn, Daily Mail menerusi laporannya mendakwa anak-beranak itu kini mula berurusan menggunakan peguam dan undang-undang.

Brooklyn didakwa bukan hanya meminta keluarga menghubungi peguam jika ingin berkomunikasi dengannya, malah turut menghalang mereka melakukan sebarang kenyataan di media sosial.

Bagaimanapun, ‘berurusan dengan peguam’ yang diminta oleh Brooklyn hanya bersifat satu permintaan apabila kedua-dua pihak dipercayai tidak menggunakan saluran undang-undang sebagai tindakan lanjut.

“Beckham diminta bercakap tentang Brooklyn melalui peguam. Itu sahaja cara mereka berkomunikasi,” ujar satu sumber.

Permintaan itu dilakukan selepas beberapa ‘siri serangan’ terhadap isterinya, Nicola Peltz yang antaranya didakwa telah mengawal kehidupan Brooklyn sejak mereka berkahwin.

Brooklyn, 26, dan Peltz, 30, berkahwin pada April 2022. Kisah keretakan hubungan keluarga itu tersebar dua bulan selepas majlis perkahwinan dengan salah satu gosip mendakwa Peltz kecil hati dengan hasil gaun kahwin seperti yang tidak dijanjikan ibu mentuanya, Victoria.

Must-Watch Video

Advertisement