Skip to main content

Hollywood

Brooklyn Londeh Krisis Keluarga, Beckham: “Anak-Anak Lakukan Kesalahan…”

brooklyn

Sekilas

  • David Beckham memberi respons secara umum mengenai isu keluarga dengan menekankan pentingnya membenarkan anak-anak belajar dari kesilapan mereka.
  • Beckham juga menyorot peranan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran tentang isu kanak-kanak melalui kerjasama dengan Unicef.
  • Brooklyn Beckham sebelum ini mendakwa ibunya, Victoria, bersikap dingin dan sabotaj terhadap isterinya serta majlis perkahwinan mereka pada 2022.

Sehari selepas dunia digegarkan dengan pendedahan Brooklyn yang antaranya mendakwa kedua ibu bapanya, David dan Victoria Beckham sebagai keluarga yang membuat kehidupannya sebelum berkahwin penuh dengan anxiety, pesohor bola sepak itu dilaporkan membalas dakwaan yang dilemparkan kepadanya dan isteri.

Meski tidak menjawab secara jelas dan terang-terangan ditujukan kepada krisis keluarganya, Beckham antaranya bercakap tentang membenarkan anak-anak melakukan kesalahan, belajar daripadanya dan bahaya media sosial.

“Saya dapat menggunakan media sosial dan menyampaikan perkongsian kepada pengikut saya mengenai Unicef dan ia adalah medium terbesar mmebuat khalayak mengenai tentang apa yang sedang berlaku terhadap kanak-kanak.

“Saya cuba melakukan hal yang sama. Saya membenarkan anak-anak melakukan kesalahan kemudian belajar memperbaiki diri daripada kesilapan yang dibuat.

“Saya mahu anak-anak saya juga belajar tapi ada kala saya membiarkan mereka membuat kesilapan,” ujar Beckham sewaktu bercakap kepada Squawk Bix CNBC, seperti dilaporkan The Guardian.

Terdahulu, Brooklyn mendakwa ibunya bersikap dingin dan melakukan sabotaj terhadap isterinya, Nicola Peltz serta majlis perkahwinan mereka pada 2022 lalu.

Dia juga mendedahkan keluarganya banyak berpura-pura demi menjaga reputasi dan jenama Beckham.

Must-Watch Video

Advertisement