Sekilas
- Pelakon Jazmy Juma menjelaskan dia menegur individu yang menggunakan kata-kata kasar dan keterlaluan di media sosial terutama yang melibatkan kehidupan peribadinya.
- Jazmy berharap orang ramai menghormati batasan dalam memberi nasihat dan teguran, serta menggunakan cara yang sopan dan berhemah.
- Jazmy menegaskan tindakannya bersuara adalah untuk melindungi dirinya sendiri dan tiada kaitan dengan orang lain.
Pelakon Jazmy Juma menjelaskan tindakannya menegur segelintir individu yang dianggap keterlaluan dalam berkata-kata di media sosial menerusi satu sesi siaran langsung sebelum ini.
Menurut Jazmy, dia merasakan tidak semua perkara wajar disentuh terutama melibatkan kehidupan peribadinya.
“Saya just rasa macam tak semua benda boleh disentuh. Saya rasa kalau benda melibatkan kehidupan peribadi, saya harap orang hormat benda tu.
“Apa yang saya nak buat in my personal life, orang boleh nasihat, orang boleh bagi tunjuk ajar yang baik kalau saya rasa benda tu saya patut ikut and saya rasa benda tu baik untuk saya, saya akan ikut.
“Tapi bila benda teguran ataupun kata-kata macam dah melampau dan mula ada yang lebih-lebih, saya rasa macam saya tak boleh nak terima.
“And kadang-kadang benda tu mengganggu hidup saya juga, mengganggu kerja saya juga, mengganggu proses perjalanan hidup seharian saya, saya terpaksa bersuara macam tu,” kongsinya.
Ditanya mengenai bentuk teguran yang dianggap melampau, Jazmy bagaimanapun enggan memperincikan perkara tersebut dan hanya menyifatkan ia melibatkan penggunaan kata-kata kasar.
“Biar saya sorang yang tahu.Basically, common sense pun. Everyone kena tahu common sense.
“Masa dia nak cakap tu, kalau nak bagi saya nasihat pun, ada cara nak bagi nasihat, bukan dengan kata-kata yang macam teruk lah basically.
“Awak boleh tegur saya, awak semua boleh tegur saya. Saya boleh terima teguran siapa-siapa pun kat dalam dunia ni.
“Tapi cara dan kata-kata dia orang ni yang membuatkan saya rasa macam nak jatuh sebenarnya.
“Saya rasa macam teguran tu saya tak boleh nak terima.Saya takut nak cakap contoh. Dia menggunakan kata-kata kasar.
“Boleh je. Ambil tahu pasal saya.Ambil tahu my personal live. Nama saya apa, apa semua. Tapi jangan over limit lah maksudnya.
“Tapi jangan yang macam, yang bukan-bukan lah kadang-kadang,” katanya.
Menjawab persoalan sama ada tindakannya bersuara berkait dengan usaha melindungi orang yang tersayang, Jazmy menegaskan perkara tersebut tiada kaitan dengan sesiapa.
“Tiada komen tentang itu. Ini semua adalah tentang saya.
“Tak ada kaitan dengan hidup dia. Dia tak terganggu lah, dia tak terganggu,” katanya.
Sebelum ini, Jazmy Juma tampil menegur segelintir individu yang dianggap keterlaluan dalam berkata-kata di media sosial menerusi satu sesi siaran langsung.