Skip to main content

Hiburan

Betty Rahmad Pernah Rasa Sukar Nak Terima Teguran - “Bila Selalu Ke Majlis Ilmu Baru Faham, Setiap Umat Islam Wajib…”

Betty Rahmad

Sekilas

  • Betty Rahmad mengakui pernah sukar menerima teguran daripada orang tanpa gelaran ustaz atau ustazah sebelum berhijrah.
  • Selepas menghadiri majlis ilmu, dia faham bahawa setiap umat Islam wajib menegur sesama saudara Islam dengan cara yang lembut dan tidak memalukan.
  • Betty turut mendoakan agar Allah melembutkan hati semua orang untuk menerima teguran dan kebenaran dengan baik.

Personaliti media sosial, Betty Rahmad mengakui dia pernah berasa sukar untuk menerima teguran daripada orang yang tidak mempunyai gelaran ustaz atau ustazah. 

 

Bagaimanapun Betty memberitahu ppemikirannya mengenai perkara itu mula berubah sejak menyertai majlis ilmu. 

 

“Dulu sebelum berhijrah dan pergi majlis ilmu, bila orang bagi teguran selalu rasa, ‘siapa dia nak tegur aku bukan ustaz atau ustazah pun. Hanya Allah yang boleh judge dan tahu diri aku’. 

 

“Tapi bila selalu ke majlis ilmu baru faham, setiap umat Islam WAJIB tegur saudara Islam tak perlu tunggu jadi ustaz atau ustazah. Tapi dalam keadaan lembut dan tidak memalukan,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian lain, adik kepada selebriti Datin Paduka Umie Aida dan Erma Fatima ini mendoakan agar Allah melembutkan hati semua orang untuk menerima teguran yang baik. 

 

“Dan dulu saya sedar saja halal atau haram tapi ego tinggi dan bisikan syaitan tetap sedapkan hati, siapa dia nak tegur aku?  

 

“Semoga Allah lembutkan hati kita semua untuk menerima kebenaran,” katanya lagi. 

Must-Watch Video

Advertisement