Sekilas
- David dan Victoria Beckham tetap sayang dan sedia terima Brooklyn walaupun hubungan mereka tegang selepas perkahwinan Brooklyn dengan Nicola Peltz.
- Brooklyn dakwa keluarganya lebih mementingkan jenama Beckham dan tidak mahu berdamai kerana sikap tidak wajar ibu bapanya terhadap isterinya.
- Beckham dan Victoria sangat takut kehilangan Brooklyn dan sentiasa buka pintu untuk anak sulung mereka kembali ke pangkuan keluarga.
Kasih sayang David dan Victoria Beckham terhadap anak sulung mereka, Brooklyn, meski telah ‘dibuang’ serta tidak mahu berdamai dengan ibu dan bapanya selepas berkahwin tidak pernah berubah.
Pesohor dunia itu dikatakan tetap akan menerima Brooklyn pada bila-bila masa saat anaknya ingin pulang ke pangkuan keluarga, dakwa satu sumber seperti dilaporkan People.
Sebelum ini Brooklyn membuat kenyataan mengejutkan, bercakap tentang hubungan tidak baik di antaranya, isteri, Nicola Peltz dengan Beckham dan Victoria.
Selain mengaku dibesarkan dalam keadaan penuh tekanan, pura-pura dan keluarganya lebih mementingkan jenama Beckham, Brooklyn mendakwa tidak mahu berdamai dengan kedua ibu bapanya kerana mereka bersikap tidak wajar terhadaap isteri termasuk melakukan sabotaj pada majlis perkahwinannya beberapa tahun lalu.
Meski Brooklyn telah memalukan mereka, Beckham dan Victoria tetap tidak mahu kehilangannya. Mereka malah terlalu takut untuk kehilangan Brooklyn sehingga sentiasa membuka pintu buat anak bujangnya itu kembali ke pangkuan keluarga.
“Mereka sangat takut kehilangan Brooklyn dan akan menerimanya kembali pada bila-bila masa.
“Mereka adalah keluarga yang sangat rapat. Sangat berbeza dengan keluarga Peltz,” dakwa sumber tersebut.
Menurut sumber yang sama lagi, pasangan yang memiliki tiga anak lain iaitu Romeo, 23, Cruz, 20, dan Harper, 14, sangat terpukul dengan perkongsian Brooklyn baru-baru ini.
“Mereka sangat sayang Brooklyn dan takut dengan sebarang kemungkinan yang tidak baik,” dakwa sumber tersebut.