Skip to main content

Hiburan

Anak Norish Karman Kongsi Pengalaman Cari Duit Demi Bantu Keluarga - “Gaji Masuk Terus Keluar Bayar Sewa Rumah”

Astro Gempak 395

Sekilas

  • Nur Hanyz Amanda, anak pelakon Norish Karman, berkongsi pengorbanannya menggunakan gaji lakonan untuk menampung keperluan keluarga ketika menghadapi kesusahan.
  • Norish memuji sikap bertanggungjawab Amanda yang tidak pernah menyusahkan keluarga dan menjalani kehidupan sederhana tanpa banyak permintaan.
  • Sesi siaran langsung jualan produk usahawan Datuk Aliff Syukri berjaya mengumpul RM15,000 untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga Norish, yang turut berdepan masalah kesihatan.

Anak perempuan kepada pelakon Norish Karman, Nur Hanyz Amanda menyentuh hati ramai apabila berkongsi pengorbanannya yang pernah membantu keluarga ketika sedang berdepan kesusahan.

Menerusi sesi siaran langsung jualan produk milik usahawan Datuk Aliff Syukri, Amanda mendedahkan dia pernah menggunakan sepenuhnya gaji lakonan untuk menampung keperluan keluarga.

“Dalam drama terakhir bunda, saya dapat watak kecil. Gaji itu masuk terus keluar semula untuk bayar sewa rumah dan bil elektrik.

“Saya dapat RM2,000 untuk tempoh tiga bulan bekerja,” katanya.

Sementara itu, Norish menyifatkan anak sulungnya itu sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab dan tidak pernah menyusahkan keluarga.

“Manda ini anak yang baik. Dia tak pernah keluar berjalan dengan kawan-kawan atau tengok wayang.

“Dia juga tak pernah minta baju mahal. Dia hanya keluar dengan saya dan adik-adik sahaja,” kongsi Norish.

Terdahulu, Norish bersama anak-anaknya tampil dalam sesi siaran langsung jualan tersebut sebagai salah satu usaha membantu meringankan beban kewangan mereka.

Malah, dalam sesi berkenaan, Aliff Syukri berjaya mengumpul sebanyak RM15,000 sebelum diserahkan kepada pelakon itu.

Sebelum ini, kisah Norish yang berdepan masalah kesihatan mencuri perhatian ramai selepas Amanda berkongsi keadaan ibunya di media sosial bagi mendapatkan bantuan untuk menampung kos rawatan.

Anda mungkin berminat dengan

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

Must-Watch Video

Advertisement