Skip to main content

Berita

Teringin Bawa Bas, Alasan Wanita Duduk Atas Riba Pemandu Ketika Kenderaan Bergerak

Astro Gempak 394

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 21 tahun duduk di atas riba pemandu bas ketika kenderaan sedang bergerak, kerana ingin merasai pengalaman memandu bas.
  • Pasangan tersebut telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala pemandu bas berkenaan telah diberhentikan kerja oleh syarikat Sri Maju Group.
  • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) turut mengambil keterangan daripada pemandu bas untuk tindakan lanjut selepas kejadian tular di media sosial.

Keinginan untuk merasai pengalaman memandu bas menjadi alasan seorang wanita duduk di atas riba pemandu ketika kenderaan itu sedang bergerak seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, pasangan kekasih itu baru berkenalan kira-kira lima bulan lalu, dengan wanita berusia 21 tahun tersebut bekerja sebagai kerani di kaunter tiket bas di syarikat berasingan.

Menurutnya, wanita berkenaan menyatakan minat untuk memandu bas sebelum pemandu lelaki itu membenarkannya memegang stereng seketika ketika melalui susur keluar Bemban Lebuhraya Utara Selatan menuju ke selatan.

“Bagaimanapun, tindakan itu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan serta mengundang risiko kepada penumpang dan pengguna jalan raya lain.

“Pasangan tersebut telah ditahan selepas hadir memberi keterangan selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang ini,” katanya pada Rabu.

Tambahnya, polis akan mendapatkan permohonan perintah reman terhadap kedua-duanya pada Khamis.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu lelaki berusia 36 tahun itu hadir bersama wanita terbabit sekitar jam 4.30 petang dengan menaiki sebuah Proton Persona.

Kedua-duanya dilihat memakai pelitup muka, sementara pemandu bas itu turut mengenakan topi ketika tiba di IPD Jasin.

Sebelum ini, berdasarkan perkongsian di Facebook, bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai, Johor ketika kejadian dirakam.

Susulan penularan video tersebut, syarikat Sri Maju Group dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan pemandu berkenaan.

Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) turut mengambil keterangan daripada pemandu terbabit bagi tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

PERDUA Brake Pad Axia Bezza Myvi ICON Myvi Lagi Best Disc Brake Break Pad Bezza Brek Pad Brake Axia (04465-54R10)

PERDUA Brake Pad Axia Bezza Myvi ICON Myvi Lagi Best Disc Brake Break Pad Bezza Brek Pad Brake Axia (04465-54R10)

Petronas Syntium 3000 DM 5w30 4L Fully Synthetic Engine Oil SN 4L Minyak Hitam Enjin Kereta Car Proton Perodua Toyota

Petronas Syntium 3000 DM 5w30 4L Fully Synthetic Engine Oil SN 4L Minyak Hitam Enjin Kereta Car Proton Perodua Toyota

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

Carpet Nail Spike Backing For Driver Size 1PC Coilmat Karpet For All Universal Car Proton Honda Toyota Perodua Nissan

Carpet Nail Spike Backing For Driver Size 1PC Coilmat Karpet For All Universal Car Proton Honda Toyota Perodua Nissan

Must Watch Video

Advertisement