Skip to main content

Hiburan

Amir Ahnaf Imbau Kisah Membesar Dalam Broken Family, Kini Gigih Kongsi Rezeki Dengan Adik-Beradik - “Mak Ayah Cerai Masa Aku PMR”

Astro Gempak 455

Sekilas

  • Amir Ahnaf berkongsi pengalaman membesar dalam keluarga berantakan selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia 15 tahun dan bagaimana ia memotivasikan dia untuk membina keluarga yang lebih baik.
  • Selepas populariti menerusi drama High Council, Amir membawa adik-adiknya tinggal bersama di Kuala Lumpur untuk mencipta suasana keluarga yang selamat dan menyara keperluan mereka.
  • Amir juga terlibat dalam filem aksi Tarung: Unforgiven yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu.

Pelakon Amir Ahnaf terbuka berkongsi kisah kehidupannya yang membesar dalam keluarga berantakan atau 'broken family' selepas ibu bapanya bercerai ketika dia masih remaja.

Menerusi podcast Sembang Seram bersama hos Safwan Nazri, Amir berkata pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam sehingga membuatkan dia berjanji mahu membina keluarga yang lebih baik pada masa depan.

 

@sembangseram Perjalan setiap individu semuanya berbeza-beza, masing2 ada struggle masing2 🤍 #amirahnaf #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram ♬ original sound - sembangseram

 “Aku ada adik-beradik ramai, tapi rezeki mak ayah aku tak panjang, jadi mereka bercerai.

 

“Mungkin mereka tak sehaluan. Jadi benda itu dah tertanam dalam kepala otak aku. Kalau boleh, bila aku ada keluarga nanti, aku tak nak keluarga aku jadi macam itu,” katanya.

Menurut Amir, ibu bapanya berpisah ketika usianya 15 tahun iaitu sewaktu dia sedang menduduki peperiksaan PMR.

“Pada masa itu aku turn on mode survival aku, iaitu aku fokus pada belajar walaupun kepala otak tengah bergolak.

“Aku fikir apa yang berlaku pada adik-adik dekat rumah,” ujarnya.

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, pengalaman tersebut banyak mengajarnya untuk menjadi seorang abang dan pemimpin yang lebih baik kepada adik-beradik.

“Benda itu ajar aku untuk berkembang jadi abang yang baik dan pemimpin untuk adik-adik aku,” katanya.

Dalam masa sama, Amir mengakui dia sedih melihat keadaan adik-adiknya yang membesar dalam keluarga tidak lengkap.

“Aku nampak betapa susahnya bila adik-adik membesar dalam keluarga yang tak bersama.

“Ramai juga orang boleh relate sebab ada yang ibu bapa mereka bercerai sejak kecil dan hilang figura ayah atau mak,” katanya.

Menurut Amir, kehidupannya di MRSM dan asrama penuh menyebabkan hubungannya dengan adik-beradik menjadi agak jauh ketika usia remaja.

“Masa itu aku sibuk dekat MRSM, jarang balik rumah. Hubungan aku dengan adik-adik memang jauh sebab aku susah nak balik,” katanya.

Bagaimanapun, selepas namanya mula dikenali menerusi drama High Council, Amir mengambil keputusan untuk membawa adik-adiknya tinggal bersama di Kuala Lumpur.

“Selepas aku meletup dekat High Council, aku sewa rumah dan masa itu adik aku baru habis belajar.

“Itu keputusan besar dalam hidup aku bila aku ajak adik aku duduk dengan aku,” ujarnya.

Tambah Amir, dia mahu membina suasana keluarga yang lebih selamat buat adik-adiknya meskipun mereka pernah melalui trauma perceraian ibu bapa.

“Walaupun aku tak boleh ada keluarga macam dulu, tapi aku buat keluarga aku sendiri.

“Aku buat ambience yang selamat untuk adik-adik aku sebab mereka tak ada figura abang waktu membesar,” katanya.

Menurutnya lagi, dia kini menanggung keperluan rumah dan makanan adik-adiknya hasil rezeki yang diterima dalam industri seni.

“Rumah dan makanan aku bayar. Itu semua rezeki aku.

“Walaupun mereka membesar dengan trauma ibu bapa bercerai, aku percaya rezeki aku sekarang ini juga untuk adik-adik aku,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Amir Ahnaf juga muncul dalam filem Tarung: Unforgiven. 

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.

Sumber: Podcast Sembang Seram

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Advertisement