Skip to main content

Kollywood

Rasmi Jadi Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay Arah 700 Kedai Arak Ditutup

Astro Gempak vijay

Sekilas

  • Vijay, bekas bintang Tamil dan kini Ketua Menteri Tamil Nadu, mengarahkan penutupan 700 kedai arak di bawah TASMAC selama dua minggu bermula 10 Mei 2026.
  • Kedai arak yang ditutup terletak dalam radius 500 meter dari institusi pendidikan, stesen bas, dan pusat pekerjaan sebagai langkah kebajikan awam.
  • Vijay yang terkenal dengan gelaran Thalapathy dan filem pecah panggung kini memfokuskan politik melalui parti Tamilaga Vettri Kazhagam dengan janji membersihkan dadah.

Bekas bintang popular Tamil, C Joseph Vijay atau Vijay, 51, memulakan tugas rasminya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 10 Mei 2026 dengan mengarahkan penutupan 700 kedai arak yang berada di Tamil Nadu.

Arahan tersebut akan berkuat kuasa selama dua minggu dan hanya diarahkan kepada Tamil Nadu State Marketing Corporation (TASMAC) sahaja, lapor Hindustan Times.

Sebanyak 717 kedai menjual arak yang dikenal pasti dan diarahkan tutup oleh kerajaan berada dalam radar 500 daripada institusi pendidikan, stesen bas dan pusat pekerjaan. Arahan penutupan tersebut sebagai langkah kerajaan menjalankan tanggunjawab terhadap kebajikan awam.

“Buat masa ini terdapat sekitar 4,765 kedai menjual arak yang beroperasi di bawah Tamil Nadu State Marketing Corporation (TASMAC). Bagaimanapun ketua menteri membuat audit dan mengenal pasti sebahagian kedai arak yang terletak dalam radar 500 meter dari pusat pekerjaan, stesen bas dan institusi pendidikan hanya yang perlu ditutup,” ujar kenyataan yang dikeluarkan.

Menerusi manifesto yang dilaungkan di bawah parti baharunya iaitu Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) yang memenangi 108 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri, Vijay berikrar untuk ‘membersihkan’ dadah.

Sebelum diangkat sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay terlebih dahulu dipuja sebagai aktor ikonik filem Tamil atau Kollywood. Dia yang juga diberi gelaran Thalapathy yang bermaksud ketua, cukup terkenal dengan filem pecah panggung termasuk Ghilli, Thuppakki, Mersal, dan Leo.

Beliau yang kini merupakan Ketua Menteri Tamil Nadu ke-13 menyertai politik pada awal tahun 2024 selepas mengumumkan bersara dalam dunia hiburan.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement