Skip to main content

Indonesia

Allan Andersn Keluar Zon Selesa Dengan ‘Senafas’, Pertama Kali Nyanyi Lagu Komposer Malaysia

allan_andrsn

Sekilas

  • Allan Andersn lancar single terbaru berjudul Senafas yang merupakan kolaborasi dengan komposer Farouk Roman dan penulis lirik Senna, dirilis pada 5 Disember 2025.
  • Lagu ini mengisahkan cinta penuh pengorbanan dan dipilih sebagai runut bunyi rasmi drama Astro Prima, Setiaku Berdiri.
  • Allan juga mengarahkan muzik video Senafas yang boleh ditonton di YouTube dan lagu ini tersedia di semua platform penstriman muzik.

Penyanyi Allan Andersn kembali mencuri perhatian dengan single terbaharunya berjudul Senafas, sebuah naskhah sarat emosi yang dijangka meruntun jiwa para pencinta muzik. 

Berbeza daripada karya terdahulu yang banyak dihasilkan sendiri, Allan kali ini keluar daripada zon selesa dengan mempercayakan sentuhan komposer terkenal Farouk Roman dan nukilan lirik Senna. Lagu ini mula menemui peminat pada 5 Disember 2025.

Melalui Senafas, gabungan bakat Malaysia dan Indonesia dipertemukan dalam satu kolaborasi yang bukan sahaja mengangkat karya Farouk selaku “Raja OST”, tetapi juga memperlihatkan kemampuan Allan menjiwai melodi penuh kedalaman.

“Saya benar-benar teruja dapat bekerjasama dalam projek ini. Sebagai seorang singer-songwriter, ini kali pertama saya menyanyikan lagu ciptaan komposer serta penulis lirik Malaysia dan pengalaman ini sangat bermakna.

“Lebih istimewa lagi, saya diberi kepercayaan untuk membawakan karya Farouk Roman yang dihormati ramai. Saya keluar daripada zon selesa dan menganggap jalinan kerjasama ini sebagai lembaran baharu dalam kamus muzik saya,” katanya.

Allan turut berkongsi bahawa proses rakaman bersama Farouk menjadi satu pengalaman yang membuka mata tentang seni membina melodi dan emosi.

“Sepanjang rakaman, saya banyak belajar tentang cara Farouk membina melodi yang bukan sahaja indah, tetapi juga hidup dalam jiwa pendengar. Ia benar-benar menyeronokkan dan saya anggap semuanya sebagai pelajaran baharu,” ujarnya.

Senafas membawa kisah cinta penuh pengorbanan tentang seseorang yang sanggup menanggung luka berulang kali demi kasih yang tidak pernah padam.

“Bagi saya, Senafas bukan sekadar lagu tetapi sebuah kisah yang boleh menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia menceritakan tentang cinta, pengorbanan dan ketabahan sesuatu yang universal dan dekat dengan semua orang.

“Untuk naskhah ini, SAAS Music Entertainment memberi kepercayaan kepada saya untuk terlibat dalam kerja kreatif. Walaupun saya tidak terlibat dalam penciptaan lagu, saya mengarahkan muzik video Senafas bersama Rendy Wicaksana,” katanya.

Dipilih Sebagai OST Drama “Setiaku Berdiri”

Menambah lagi keistimewaan, Senafas turut dipilih sebagai runut bunyi rasmi untuk drama baharu Astro Prima berjudul Setiaku Berdiri, terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Drama ini dibintangi oleh Wanna Ali, Nazrief Nazri, Sweet Qismina dan Aidit Noh.

“Saya teruja kerana peluang ini membuka ruang untuk karya saya ditampilkan dalam naskhah istimewa. Sudah tentu saya gementar menanti reaksi peminat, tetapi saya yakin lagu ini boleh meninggalkan kesan dalam hati mereka yang mendengar,” kata Allan.

Senafas bukan sekadar melengkapi visual drama tersebut, tetapi menguatkan naratif emosinya, menyuntik perasaan mendalam ke dalam setiap babak.

Single Senafas boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik bermula 5 Disember 2025, manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Allan Andersn.

Must-Watch Video

Advertisement