Skip to main content

Kecantikan

"Pembedahan Plastik Bukan Pilihan Saya" - Hawa Rizwana Kongsi Rahsia Kekal Cantik Semula Jadi

Astro Gempak hawa estetik

Sekilas

  • Hawa Rizwana menegaskan pembedahan plastik bukan pilihan baginya dan lebih memilih rawatan estetik bukan invasif untuk mengekalkan kecantikan semula jadi.
  • Sebagai Duta Estika Medispa, Hawa menyokong rawatan anti-penuaan moden yang selamat dan progresif tanpa perubahan drastik pada wajah.
  • Estika Medispa, yang telah beroperasi selama 11 tahun, menawarkan pelbagai rawatan estetik bukan invasif dan menekankan pencegahan awal untuk hasil yang lebih semula jadi.

Pengacara dan personaliti televisyen popular, Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya walaupun berdepan tekanan penampilan sebagai figura awam yang sentiasa berada di perhatian ramai.

Menurut Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 31, dia lebih selesa memilih rawatan estetik bukan invasif bagi mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa melakukan perubahan drastik pada wajah.

“Sebagai individu yang aktif di media sosial dan sering berada di hadapan kamera, saya tidak menafikan bahawa komen tentang penampilan merupakan satu cabaran yang perlu saya hadapi.

“Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang ia boleh menjadi tekanan,” katanya.

Namun jelas Hawa, tekanan daripada masyarakat tidak seharusnya mempengaruhi keputusan besar berkaitan wajah dan identiti diri seseorang.

“Pembedahan plastik bukan satu pilihan untuk saya. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang. Saya cuma mahu enhance apa yang sudah ada. Bagi saya, kecantikan itu tentang penjagaan yang konsisten, bukan perubahan drastik,” ujarnya.

Dalam masa sama, sebagai Duta Estika Medispa, Hawa melihat rawatan anti-penuaan moden sebagai satu langkah pencegahan yang bijak untuk mengekalkan keserian dan keanjalan kulit secara progresif serta selamat.

Estika Medispa yang kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya menawarkan pelbagai rawatan estetik bukan invasif dengan memanfaatkan teknologi terkini bagi membantu pelanggan menjaga kesihatan dan kecantikan kulit tanpa melalui prosedur pembedahan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Estika Medispa, Dr Haq Wasa berkata trend kecantikan masa kini semakin menjurus kepada hasil yang lebih semula jadi dan tidak terlalu drastik.

“Kami menggalakkan pencegahan awal. Dengan rawatan yang konsisten dan bersesuaian, keperluan untuk prosedur invasif boleh diminimumkan,” katanya.

Sepanjang 11 tahun beroperasi, Estika Medispa telah membantu lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah mereka, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju dalam industri estetik bukan invasif di negara ini.

Kolaborasi bersama Hawa Rizwana juga bukan sekadar pelantikan duta, sebaliknya membawa mesej bahawa kecantikan boleh diurus secara bijak, selamat dan berperingkat tanpa perlu mengorbankan identiti atau kecantikan semula jadi seseorang.

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Must-Watch Video

Advertisement