Skip to main content

Viral

Aisha Retno Teringin Audition Puteri Gunung Ledang The Musical - "Jadi Pokok Pun Takpa"

Astro Gempak aisha PGL

Sekilas

  • Penyanyi muda Aisha Retno berkongsi hasrat untuk mencuba nasib dalam teater muzikal, khususnya Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).
  • Penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina mengesahkan PGL The Musical akan dipentaskan semula pada Oktober 2026 dengan pengumuman tarikh uji bakat akan dibuat tidak lama lagi.
  • PGL The Musical pernah dipentaskan kali pertama pada 2006 dan mendapat sambutan hangat sehingga pementasan musim kedua dan ketiga diadakan di Malaysia dan Singapura.

Penyanyi muda berbakat besar, Aisha Retno meluahkan hasrat untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia teater muzikal.

Menerusi satu hantaran di Threads, Aisha secara terbuka berkongsi impiannya untuk mencuba nasib dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).

“Nak audition for PGL omg. Lepas jadi Glinda dubbing kat wicked haritu, my next big dream is to be in any musical theatre sons. I LOVE MUSICAL THEATRE JADI POKOK PUN TAKPA DOH,” tulisnya.

Keterujaan Aisha itu mendapat perhatian peminat yang turut menyokong hasrat penyanyi yang kini sedang meledak dengan lagu Jodoh Lebaran itu.

"Aisha Retno for Gusti Putri Retno Dumilah!

"Nama pun Retno. Guess we'll be seeing you soon in our upcoming audition ;) We'll annouce the audition date soon ya. Or you can msg Queen Jacquelina directly.

"Kalau Aisha main teater, kita datang tengok! Janji!" tulis beberapa warganet.

Terdahulu, penerbit dan pelakon terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina memuat naik teaser 16 saat mengesahkan Enfiniti Productions bakal mementaskan semula Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical pada Oktober 2026.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by PGL The Musical (@pglthemusical)

 

 

Perjalanan PGL The Musical bermula apabila naskhah itu pertama kalinya dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2006 yang menampilkan Tiara sendiri disandingkan bersama Stephen Rahman-Hughes.

Sambutan luar biasa menyaksikan naskhah terbabit dipentaskan pada musim kedua pada Ogos 2006 dan di Esplanade Singapura pada tahun sama.

Musim ketiga PGL The Musical pula disambung pementasan pada 2009.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must-Watch Video

Advertisement