Sekilas
- DJ Sonic dedahkan banyak jenama besar mahu Nur Fazura jadi duta, tapi Fazura tolak kerana mahu fokus pada anak dan jenamanya sendiri.
- Fazura pegang prinsip dan yakin dengan percaturan Allah dalam buat keputusan, walaupun ramai yang kata dia tak ada rezeki.
- DJ Sonic kongsi momen sebak bila Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya, buat kemunculan sebagai rakan kerjasama dengan Jakel baru-baru ini.
Pengacara DJ Sonic mendedahkan banyak jenama besar yang mahukan sahabat baiknya yang juga aktres serta usahawan Nur Fazura namun tawaran tersebut ditolak.
Menurut DJ Sonic menerusi Threads, Fazura lebih memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak dan jenamanya sendiri.
“Sebenarnya, selepas Faz lalui dugaan dalam hidupnya, bukan tak ada jenama yang inginkan Faz. Banyak dan terlalu banyak!
“Faz tolak sebab belum masanya untuk dia buka ruang itu. Dia nak fokus anak dan jenama sendiri,” kongsi Dj Sonic.
Pada perkongsian yang sama, DJ Sonic berkata keputusan itu dibuat disebabkan Fazura mempunyai prinsip dan yakin dengan percaturan Allah.
“Ramai kutuk kata tak ada rezeki itulah, tak ada nak ambil duta la, saya bocor rahsia, banyak! Terlalu banyak. Cuma dia yakin percaturan Allah itu Maha hebat!
“Faz boleh saja terima tapi dia ada prinsip yang dia saja tahu! @missfazura. Satu team! Kita pernah cakap dulu, masa itu akan tiba,” kongsinya.
Dalam pada itu, di perkongsian lain DJ Sonic berkongsi momen Fazura bersama anaknya, Nur Fatima Aisya membuat kemunculan sebagai rakan kerjasama dengan Jakel baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, DJ Sonic tidak dapat menahan rasa sebak melihat kejayaan sahabat baiknya itu.
“Keluar saja @missfazura dan Nurfatimaisya, airmata kami laju jatuh. Tahniah! Tak nak cakap apa-apa! Love dunia akhirat!
“Bila kita lepas menangis, tapi kena bercakap dan buat live... rasa itu, Ya ALLAH tak boleh nak gambarkan. Muka bangga kami as team Fazura! Tahniah @missfazura, Fatima dan Faiz,” ujarnya.
Sumber - Threads