Sekilas
- Mila, adik kepada pempengaruh Aliyah Balqis, meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat melindungi kakaknya daripada pengkhianatan cinta.
- Aliyah mendakwa teman lelakinya, Yusman Kusuma, berlaku curang dengan sahabat baiknya, Julia Prasitini, yang juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain walaupun masih berstatus isteri orang.
- Mila berharap agar Aliyah terus kuat dan dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik serta menyatakan sokongan dan kasih sayang kepada kakaknya.
Adik kepada pempengaruh media sosial, Aliyah Balqis yang dikenali sebagai Mila meluahkan rasa terkilan melihat kakaknya menangis kerana cinta.
Menerusi luahan panjang di TikTok, Mila turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat melindungi kakaknya itu daripada pengkhianatan dalam percintaan.
“Saya gagal sebagai seorang adik, saya dah cuba banyak kali nak selamatkan angah tetapi gagal.
“Benda yang paling Mila tak nak tengok, akhirnya jadi sekali lagi. Adik benci tengok angan menangis macam ini. Minta maaf sebab tak dapat buat apa-apa cuma dapat tengok dan menangis sekali.
“Apa yang saya boleh buat ialah peluk angah. Minta maaf tak dapat tolong angah. Semua orang sayang angah. Seorang yang khianat angah tapi berjuta orang lagi sayangkan angah,” kongsinya.
Di akhir perkongsian, Mila berharap agar Aliyah terus kuat dan agar kakaknya itu dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
“Semoga angah dipertemukan dengan jodoh yang sayangkan angah dan tak kejam.
“Allah sayang angah,” ujarnya.
Terdahulu, Aliya menyorot perhatian apabila mendakwa teman lelakinya yang merupakan pempengaruh Indonesia, Yusman Kusuma telah berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri iaitu Julia Prasitini.
Sebelum ini, Julia yang lebih mesra dengan panggilan Jule turut didakwa menjalinkan hubungan dengan jejaka lain meskipun masih berstatus isteri orang.
Difahamkan, Jules sudah berkahwin dengan seorang jejaka Na Daehoon yang merupakan warga Korea Selatan dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: TikTok