Skip to main content

Hiburan

“Ada Sedikit Rasa Terkilan Tapi...” - Emma Maembong Buka Mulut Isu DJ Kidd Umum Perpisahan

Astro Gempak 338

Sekilas

  • Emma Maembong akui terkilan apabila bekas kekasihnya, DJ Kidd, mengumumkan perpisahan mereka secara terbuka tetapi dia reda dengan ketentuan tersebut.
  • Hubungan mereka masih baik dan tiada permusuhan walaupun sudah berpisah, dengan Emma menegaskan dia tidak serik untuk bercinta tetapi lebih berhati-hati.
  • DJ Kidd sebelum ini mencetuskan spekulasi berkahwin dengan Emma selepas menggunakan perkataan ‘isteri’ dalam hantaran media sosialnya.

Pelakon Emma Maembong akui sedikit terkilan apabila bekas kekasihnya, DJ Kidd membuat pengumuman mengenai perpisahan mereka secara terbuka.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, bagaimanapun berkata dia reda dengan ketentuan selain tidak mampu mengawal keputusan orang lain.

“Memang kalau boleh saya nak mengelak dan tak suka sangat nak berkongsi cerita dalaman, tetapi memandangkan dia pun sudah buat kenyataan, jadi kita ikutlah.

“Adalah sedikit rasa terkilan, tapi nak buat macam mana? Kita tidak boleh kawal hati orang.

“Apabila perkara ini terjadi, saya pun kena reda. Terima sahaja ketentuan-Nya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Usanita di Grand Hyatt, semalam.

Dalam masa sama, Emma memaklumkan hubungan antara mereka masih baik dan tidak bermusuh meskipun sudah berpisah.

“Kami ada berhubung sebab bagi saya hidup ini singkat sahaja. Saya tidak suka bermusuh atau bermasam muka.

“Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Semua fasa ini mematangkan. Kalau suatu hari nanti berjodohan, kita terima, cuma mungkin bukan sekarang,” ujarnya.

Mengulas mengenai soal trauma, Emma menegaskan dia tidak serik untuk kembali bercinta, namun mengakui sedikit berhati-hati.

“Dramatik sangat kalau kata trauma. Perkara itu tidaklah sebab beginilah kehidupan.

“Nak kata serik itu, adalah sikit,” katanya.

Terdahulu, DJ Kidd mengejutkan ramai apabila mengumumkan hubungan mereka sudah berakhir.

Sebelum itu, lelaki berkenaan turut mencetuskan spekulasi apabila dipercayai telah berkahwin dengan Emma selepas menggunakan perkataan ‘isteri’ dalam satu hantaran di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Must-Watch Video

Advertisement