Skip to main content

Hiburan

11 Tahun Hidup Bersama, Ini Cara Zul Huzaimy Kekalkan Hubungan Romantik Dalam Rumah Tangga - “Saya Bawa Isteri Untuk Sertai Semua…”

Zul Huzaimy

Sekilas

  • Zul Huzaimy berkongsi cara dia dan isteri mengekalkan hubungan romantik dengan melakukan aktiviti bersama seperti memancing, menyelam, menunggang kuda, dan berkhemah.
  • Dia mengakui rumah tangga ada pasang surut dan pertengkaran biasanya berkaitan pendapat, bukan melibatkan pihak ketiga.
  • Zul tidak setuju pasangan selebriti buka aib rumah tangga di media sosial kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Hampir mencecah 11 tahun hidup bersama, pelakon Zul Huzaimy berkongsi bagaimana dia dan isterinya mengekalkan hubungan romantik dalam rumah tangga mereka. 

 

Bagaimanapun Zul atau nama sebenarnya, Zul Huzaimy Marzuki berkata, setiap perkahwinan sudah pasti mempunyai fasa turun dan naik sama seperti rumah tangganya.

 

"Saya bawa isteri untuk sertai semua aktiviti dan hobi bersama dari memancing, 'diving' (menyelam), menunggang kuda hinggalah 'camping' (berkhemah).

 

"Saya pun tak tahu jodoh dengan isteri sampai bila kerana semuanya ketentuan Allah SWT dan kita hanya menjaganya sahaja.

 

"Bohonglah, kalau kita cakap rumah tangga itu bahagia sepanjang masa kerana bergaduh itu perkara biasa. Kami bertengkar selalunya mengenai pendapat dan bukan membabitkan wanita lain," katanya. 

 

Mengulas lanjut aktiviti dilakukan, kata Zul, pada mulanya isteri juga tidak suka memancing sebelum ini namun perasaan itu berubah menjadi suka selepas mengikuti.

 

"Selepas saya ajak isteri pergi memancing, dia pula paling suka memancing sekarang ini dan kami pernah sewa bot berdua meneroka Tasik Kenyir.

 

"Begitu juga aktiviti menunggang kuda, saya yang ajar isteri menunggang kuda dan dia juga pernah jatuh dari kuda.

 

"Isteri juga tidak pernah buat aktiviti luar dan 'camping' tapi saya bawa isteri dan anak-anak sekali sertai jambori pengakap sebelum ini," katanya.

 

Sementara itu, mengulas isu pasangan selebriti dan pempengaruh yang bercerai ketika ini, kata Zul, dia tidak setuju dengan tindakan segelintir pasangan yang membuka aib rumah tangga di media sosial.

 

"Saya tidak mahu masuk campur hal rumah tangga orang lain kerana hanya mereka berdua yang tahu apa yang berlaku.

 

"Tapi, saya memang tidak setuju tindakan mereka yang buka aib pasangan di media sosial kerana ia boleh merosakkan pemikiran anak-anak yang akan membaca berita yang dipaparkan itu kelak," katanya.

 

Zul berkahwin dengan Nur Ernawati pada 20 Februari 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu Indah Armani, 10 dan Indra Arjuna, 7 tahun.

 

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Nor Dalilah Muhammad, Zul dikurniakan anak lelaki, Awal Haziq, 20 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement