Perkongsian pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam di laman sosial yang memuat naik foto suaminya, Datuk Nor Azam berserta kapsyen seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangganya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian itu, Rebecca mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sudah 18 tahun mencipta memori bersama.
Advertisement
Rebecca turut mengatakan dia dan suaminya sudah mencuba yang terbaik namun perancangan Allah lebih baik.
“Assalammualaikum, 18 tahun kami bersama, semoga awak sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Terima kasih untuk 18 tahun memori bersama, kita dah cuba yang terbaik tapi Allah adalah sebaik-baik peracang,” ujarnya.
Rata-rata netizen mula tertanya-tanya mengenai status rumah tangga pelakon itu selain di profil media sosialnya juga sudah bertukar kepada ibu tunggal kepada tujuh orang anak.
Bagaimanapun Rebecca ketika dihubungi Gempak memberitahu dia masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan kerana memerlukan masa dan ruang.
“Bagi saya ruang sekejap ya. Saya hargai. Terima kasih,” kata Rebecca kepada Gempak.
Sekadar info, Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tujuh orang anak.