Skip to main content

Selebriti

Haqiem Rusli Akui Pernah Jadi Mangsa Buli Siber, Enggan Dedah Identiti Pelaku – “Mereka Berani Di Media Sosial Sahaja”

Bakar isteri

Sekilas

  • Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli siber sepanjang bergelar anak seni.
  • Haqiem berkongsi bahawa segelintir individu hanya berani mengeluarkan kata-kata negatif di media sosial tetapi berdiam diri apabila bersemuka.
  • Walaupun ramai mahu dia dedahkan identiti pembuli, Haqiem memilih untuk tidak berbuat demikian agar tidak sama seperti mereka.

Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan bahawa dirinya juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa buli siber sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem berkata segelintir individu hanya berani meninggalkan komen atau melontarkan kata-kata negatif di media sosial, namun bersikap berbeza apabila bersemuka.

“Saya mahu kongsi pengalaman sendiri, segelintir individu berani buli orang di media sosial sahaja. Bila berdepan diam seribu bahasa,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang meminta penyanyi itu mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Tergantung Sepi itu memilih untuk tidak berbuat demikian kerana tidak mahu bertindak sama seperti mereka yang melakukan perbuatan tersebut.

“Kalau saya dedahkan, tiada beza saya dengan pembuli siber,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement