Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

Suami Tak Post Gambar Isteri Tanda Tak Sayang? Ini 5 Kebenaran Yang Perlu Dipertimbangkan Menurut PHM

suamitakpost

Sekilas

  • Lelaki biasanya kurang kongsi gambar keluarga di media sosial kerana norma maskuliniti yang mengajar mereka pendam perasaan, bukan kerana kurang sayang.
  • Suami lebih tunjuk kasih sayang melalui tindakan harian seperti cari rezeki dan jaga keluarga, berbeza dengan cara wanita yang suka simpan memori melalui gambar.
  • Untuk minta suami ambil gambar keluarga, guna ayat lembut dan hargai usaha mereka supaya ia jadi memori bermakna untuk anak-anak.

Ramai isteri terasa apabila suami jarang tangkap gambar, apatah lagi nak post di media sosial. Feed penuh hobi, bola, memancing... tapi gambar keluarga? Sunyi.

Public Health Malaysia (PHM) tampil menjelaskan fenomena ini dan jawapannya mungkin buat ramai tarik nafas lega.

1. Lelaki Dibentuk Untuk Simpan Emosi

Ramai lelaki membesar dengan norma maskuliniti yang mengajar mereka untuk pendam perasaan. Ini dipanggil restrictive emotionality.

Sebab itu bila diminta bergambar romantik atau tulis kapsyen manis, mereka rasa janggal, bukan kerana tak sayang.

2. Lelaki & Wanita Guna Media Sosial Dengan Cara Berbeza

Wanita menyimpan memori melalui gambar. Lelaki pula lebih selesa kongsi hobi, kerja dan aktiviti.

Jadi bila feed suami sunyi pasal keluarga, ia biasanya soal gaya komunikasi, bukan soal cinta.

3. Bahasa Cinta Suami Lebih Banyak Pada Perbuatan Senyap

PHM menjelaskan banyak suami menunjukkan kasih melalui tindakan seperti cari rezeki, baiki apa rosak, bayar bil, hantar anak dan pastikan rumah terurus.

Itu cara mereka “post”, cuma bukan di media sosial tetapi dalam kehidupan sebenar.

4. Cara Betul Untuk Minta Suami Ambil Gambar

Elakkan sindiran seperti “Orang lain post pasal isteri, awak je tak.”

Sebaliknya gunakan ayat lembut dan jelas: “Abang, saya nak gambar ni untuk kita dan anak tengok bila dah besar nanti.”

Bila suami sudi ambil gambar sekali-sekala, hargai usaha itu.

5. Gambar Ayah Adalah Memori Paling Bermakna Untuk Anak

Bagi suami, satu klik mungkin kecil. Tapi bagi isteri dan anak, ia bukti kehadiran dan kasih seorang ayah.

Satu hari nanti bila anak lihat album keluarga, mesej yang sampai sangat sederhana tetapi besar: “Ayah memang ada dalam hidup kami.”
 

Must-Watch Video

Advertisement