Skip to main content

Gaya Hidup

Pendedahan Melampau Terhadap Gajet, Kurang Aktiviti Luar Rumah Faktor Masalah Rabun

41610891242 KanakKanakGajet

Sekilas

  • Kajian di enam sekolah di daerah Kinta mendapati hampir 95% daripada 667 murid mengalami masalah rabun akibat pendedahan melampau kepada gajet dan kurang aktiviti luar rumah.
  • Masalah penglihatan ini menjejaskan tumpuan dan pencapaian akademik murid, serta sering disalah tafsir sebagai kurang minat belajar atau berkelakuan nakal.
  • Program saringan mata dan pemberian cermin mata percuma dijalankan dengan kerjasama sektor swasta dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk membantu murid mengatasi masalah penglihatan.

Pendedahan melampau terhadap penggunaan gajet serta kurangnya aktiviti di luar rumah dikenal pasti antara faktor yang menyebabkan masalah rabun dalam kalangan murid sekolah, khususnya di daerah Kinta.

Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Perak Datuk Dr D. Philip Rajan berkata kedua-dua faktor itu dikesan menerusi kajian lapangan yang dijalankan pada 2023 di enam sekolah, dengan hampir 95 peratus daripada 667 murid mengalami masalah rabun.

“Kita lakukan kajian lapangan ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Buntong, SK Guru Kalgidhar, SK Silibin, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Perak St. Philomena Convent, SJKT Perak Sangeetha Sabah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Guntong.

“Daripada saringan yang dijalankan, kita mendapati sebahagian besar murid mengalami masalah penglihatan sama ada rabun jauh atau rabun dekat, yang secara tidak langsung boleh menjejaskan tumpuan mereka ketika proses pembelajaran berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Projek Pemeriksaan Mata Untuk Pelajar-Pelajar Sekolah Negeri Perak di SJKC Jelapang di sini hari ini.

Philip Rajan yang juga Ketua Jabatan Otorinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata meskipun sebahagian kes tidak berada pada tahap serius, masalah berkenaan tetap memberi kesan kepada tahap tumpuan serta pencapaian akademik murid di dalam bilik darjah.

“Adakalanya murid yang berdepan masalah penglihatan sering disalah tafsir sebagai tidak berminat untuk belajar atau berkelakuan nakal, sedangkan hakikatnya mereka mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan saringan awal amat penting bagi memastikan masalah dapat dikenal pasti dan ditangani segera, termasuk melalui pemakaian cermin mata yang sesuai.

Mengenai program tersebut, beliau berkata ia merupakan inisiatif yang digerakkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Persatuan Kebajikan Amal Makmur Negeri Perak (Perkam) dan beberapa pengamal optometri swasta, bertujuan memperluas akses saringan penglihatan kepada murid sekolah rendah.

Philip Rajan berkata menerusi inisiatif itu murid yang dikenal pasti mempunyai masalah penglihatan bukan sahaja disaring, malah turut diberikan cermin mata secara percuma bagi memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik.

“Program yang dijalankan di SJKC Jelapang ini tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan, sebaliknya digerakkan sepenuhnya melalui sokongan sektor swasta yang komited dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan penglihatan dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement