Skip to main content

Berita

Jangan Beli Beras Melebihi Keperluan Bulanan – Mohamad Sabu

TB DATUK SERI MOHAMAD SABU 2 BERNAMA

Sekilas

  • Menteri Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli beras melebihi keperluan bulanan kerana bekalan beras di negara ini kekal stabil.
  • Pembelian panik akibat krisis di Asia Barat boleh menyebabkan kekeliruan dan kenaikan harga walaupun bekalan sebenarnya mencukupi.
  • Kerajaan menjamin bekalan beras mencukupi dan stabil sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini dengan harga yang sedia ada.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli beras melebihi keperluan bulanan memandangkan bekalan bahan makanan itu di negara ini kekal stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata pembelian secara panik susulan krisis di Asia Barat boleh memberi gambaran seolah-olah berlaku kekurangan bekalan di pasaran walaupun bekalan sebenarnya mencukupi.


“Kalau kebiasaan kita makan dua kampit beras sebulan, kekalkan dua kampit itu. Jangan beli sampai empat atau lima kampit kerana pembelian panik boleh menyebabkan kemerosotan bekalan di pasaran dan akan ada peniaga yang naikkan harga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perasmian Program Gelombang Padi Sarawak: SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan Hari Bersama Pelanggan IADA Batang Lupar 2026 di Dewan Nangkai, Stumbin di sini, hari ini.

Mohamad berkata kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras negara mencukupi dan dijangka kekal stabil sekurang-kurangnya hingga hujung tahun ini.

“Beras kita insya-Allah tidak ada masalah sekurang-kurangnya sampai hujung tahun ini dengan harga yang ada sekarang, jadi saya ingin tegaskan sekali lagi jangan ada pembelian panik,” katanya.

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement