Skip to main content

Gaya Hidup

Brader Wheelchair Kongsi Tip Mudah & Selamat Guna Kerusi Roda Ketika Lalu Travelator

Astrogempak FLEAK

Sekilas

  • Izhar Idham atau Brader Wheelchair berkongsi teknik mudah dan selamat menggunakan kerusi roda di travelator melalui video TikTok.
  • Beliau menasihatkan supaya pegang handrail sebelah tangan dan pusingkan kerusi roda secara melintang untuk elak kerusi terundur ke belakang.
  • Filem FLEAK yang mengangkat kisah kanak-kanak kurang upaya akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 21 Mei, hasil kerjasama Astro Shaw dan beberapa produksi lain.

Personaliti media sosial, Izhar Idham atau lebih dikenali sebagai Brader Wheelchair berkongsi cara menggunakan kerusi roda ketika menggunakan travelator atau walkalator. 

Menerusi perkongsian di TikTok, Izhar berkongsi teknik asas untuk menaiki laluan tertentu menggunakan kerusi roda secara santai dan praktikal.

“Jom, aku nak ajar korang naik benda yang senang dan santai je.

“Mula-mula apa yang korang perlu buat, sebelah tangan pegang handrail dan lagi sebelah tangan terus pusingkan wheelchair secara melintang,” katanya.

Menurut Izhar, teknik tersebut lebih selamat kerana dapat mengelakkan kerusi roda daripada mudah terundur ke belakang.

“Korang tahu tak? Dengan cara ni lebih safety untuk tidak mudah terundur ke belakang. So lepas ni korang boleh dah cuba skill ni sorang-sorang. Aku akan ready lebih kurang satu meter sebelum sampai pojok dan pusingkan wheelchair sambil push terus ke depan.

“Kalau aku boleh, kau pun boleh,” tambahnya.

Terbaharu, sebuah filem berjudul FLEAK mengangkat kisah semangat kanak-kanak kurang upaya dalam berdepan cabaran hidup. Filem tersebut akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei ini.

FLEAK adalah terbitan Anima Vitae, Anima Vitae Point, Animoon, dan Godo Films, dengan kerjasama Astro Shaw sebagai rakan pemasaran dan pengedaran di Malaysia. 

FLEAK mengisahkan tentang keberanian, kehilangan dan penerimaan diri dalam sebuah dunia penuh keajaiban. Namun di sebalik pengembaraan tersebut, cabaran sebenar adalah untuk menghadapi dan menerima diri sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement