Skip to main content

Hiburan

Terlalu Berat, Trisha Ooi Sukar ‘Lepaskan’ Watak Balqis Dalam Filem Nar’sata Sekutu Setan - “Dua Minggu Baru Rasa…”

Trisha Ooi

Sekilas

  • Pelakon Trisha Ooi mengambil masa kira-kira dua minggu untuk 'melepaskan' watak Balqis dalam filem seram Nar’sata Sekutu Setan kerana watak itu sangat berat dan memberi kesan emosi mendalam.
  • Trisha mengalami perubahan sikap selepas penggambaran, lebih gemar menyendiri dan kurang berkomunikasi, yang disedari oleh pengurusnya.
  • Filem seram ini diarahkan oleh Pierre Andre dan turut menampilkan pelakon seperti Fadlan Hazim, Mawar Rashid, dan Khatijah Tan.

Pelakon Trisha Ooi mendedahkan dia mengambil masa kira-kira dua minggu untuk ‘melepaskan’ watak Balqis dalam filem seram lakonannya yag berjudul Nar’sata Sekutu Setan.

Menurut Trisha, selain watak Mah yang pernah dibawanya menerusi telefilem Mah, karakter Balqis merupakan antara karakter yang paling sukar dan berat untuk dibawa.

Tambah pemilik nama Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi ini, watak itu juga meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam sehingga sukar untuk ditinggalkan.

“Tak ada berlakunya kecederaan fizikal, tetapi untuk hilangkan watak Balqis selepas habis penggambaran, Trisha mengambil masa lebih kurang dua minggu.

“Dua minggu juga baru Tisha rasa kembali kepada diri Tisha.

“Memainkan watak Balqis memberi kesan yang sangat mendalam sampai Tisha boleh menangis sendiri.

“Kadang-kadang sebelum masuk set, Tisha akan menangis dulu sebab watak ini terlalu berat,” katanya kepada Gempak.

Trisha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Nas’tara Sekutu Setan bertempat di TGV Sunway Pyramid pada Selasa.

Berkongsi mengenai perubahan sikap, Trisha berkata dia lebih gemar menyendiri dan tidak suka bergaul selama dua minggu selepas penggambaran.

Ujarnya, perkara itu hanya disedari oleh pengurusnya yang mempersoalkan mengapa dia tidak keluar rumah atau berkongsi sebarang perkembangan di media sosial.

“Sepanjang dua minggu, Trisha tak boleh na bercakap dengan orang seperti biasa. Perkara ini saya tak sedar pun tetapi pengurus saya yang tegur dulu.

“Selera makan juga berkurangan tetapi sebenarnya ketika di set penggambaran pun tak makan sangat malahan waktu tidur pun tak betul.

“Tetapi yang sedar perkara ini adalah pengurus saya. Dia tanya kenapa Tisha tak update apa-apa, kenapa diam dan menyendiri?

“Bila Tisha sedar perkara itu, barulah Tisha cuba keluar makan dan tidak duduk berseorangan di rumah,” kongsinya lagi.

Selain Trisha, filem seram yang mendapat sentuhan pengarah terkenal, Pierre Andre turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Fadlan Hazim, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement