Skip to main content

Filem

Tak Sampai 12 Jam, Tiket Tayangan Awal The Furious: Pertaruhan Maruah Dah ‘Sold Out’! Zul Ariffin Komen - “Let’s Go!”

The Furious sold out

Sekilas

  • Filem aksi The Furious: Pertaruhan Maruah habis tiket tayangan awal dalam masa kurang 12 jam di Golden Screen Cinemas (GSC).
  • Pelakon utama, Zul Ariffin, turut mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat menerusi Instagram.
  • Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Mei 2026 dan menampilkan barisan pelakon seperti Sky Iskandar, Ikmal Amry, dan Marisa Yasmin.

Filem aksi The Furious: Pertaruhan Maruah mencipta sejarah tersendiri apabila tayangan awal yang dibuka menerusi Golden Screen Cinemas (GSC) semalam, habis dijual dalam tempoh tidak sampai 12 jam.

Perkhabaran itu dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi @gscmovies pada Rabu.

“Tiket tayangan awal The Furious: Pertaruhan Maruah baru jual semalam dah sold out! Tak sampai 12 jam dah settle!

“Thank you semua sudi support sampai penuh hall! Untung lah dapat jumpa Zul, Sky, Ikmal dan Sandra nanti,” maklum GSC.

Sementara itu, pelakon utama The Furious iaitu Zul Ariffin juga turut memberikan respon terhadap sokongan peminat filem di Malaysia.

“Let’s go!” komennya menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

The Furious: Pertaruhan Maruah dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Selain Zul, filem arahan Heng Aik Siong itu turut dibintangi oleh Sky Iskandar, Ikmal Amry, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan filem yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Advertisement