Skip to main content

Selebriti

Ikmal Amry Dedah Pernah Jadi Mangsa Cabul, Alami Tekanan & Kemurungan - “Perkara Paling Buruk Yang Aku Alami Ialah…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Ikmal Amry mendedahkan dia pernah menjadi mangsa cabul semasa zaman persekolahan sehingga mengalami tekanan dan kemurungan.
  • Ikmal sering dicabul oleh seorang pelajar lelaki di asrama tanpa disedari, dan dia turut dilabel sebagai ‘gay’ oleh orang sekeliling.
  • Dia tidak mendapat sokongan daripada guru dan ustaz di sekolah, menyebabkan dia terpaksa menghubungi mak cik untuk mendapatkan bantuan dan berehat di dorm.

Pelakon, Ikmal Amry mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa cabul ketika zaman persekolahannya sehingga menyebabkan dirinya mengalami tekanan dan kemurungan.

Menerusi sebuah podcast bersama hos Safwan Nazri, Ikmal berkata dia dicabul hampir setiap hari tanpa disedari dan turut dilabel sebagai ‘gay’ oleh orang sekeliling.

“Ada seorang kawan beritahu yang budak itu hari-hari cabul aku tanpa aku sedar. Perkara paling buruk yang aku alami ialah dia pegang aku dan buka pakaian aku. Dia buat apa yang dia mampu, kemudian terus berlalu pergi.

“Orang siap kata aku ni gay dan belen. Aku tertekan bila orang panggil aku macam itu, padahal hanya seorang sahaja yang buat aku jadi mangsa,”katanya.

Mengulas lanjut, Ikmal berkata pada mulanya rakan-rakannya menyedari seorang pelajar lelaki sering tidur di sebelahnya di asrama, namun mereka hanya menganggap mereka sekadar berkawan rapat. Lama-kelamaan, mereka mula menyedari individu tersebut melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya.

“Dulu aku budak asrama dan tinggal dalam satu dorm. Budak nakal biasanya tak tidur lagi waktu malam. Kawan aku pelik sebab budak itu hari-hari nak tidur sebelah aku, tapi mereka ingat kami cuma kawan baik, jadi mereka biarkan sahaja. Tetapi lama-kelamaan, mereka nampak budak itu ada buat sesuatu pada aku,”ujarnya.

Selepas melalui situasi itu, pelakon drama Khianat Yang Terpilih itu mengakui dia tidak tahu kepada siapa untuk mengadu kerana gurunya sendiri tidak mempercayai perkara yang berlaku, malah mendakwa dirinya dirasuk.

“Sejak hari itu aku alami kemurungan. Aku tak tahu nak buat apa dan nak cerita pada siapa. Ustaz pun tak percaya aku dan kata aku kena rasuk jin. Aku sampai tahap pergi sekolah pakai kain pelikat. Kawan aku pula kata aku kena rasuk sebab aku pergi ke Bukit Tunjang, kawasan sebelah sekolah.

“Hampir berbulan-bulan mental aku teruk dan ramai suruh aku pergi berubat, padahal sekolah itu maahad dan ada ustaz yang dikatakan terbaik di negeri tersebut.

“Kemudian, aku hubungi mak cik aku dan selepas dia tahu keadaan aku, dia minta aku tidak perlu pergi ke sekolah. Aku hanya duduk di dorm dan termenung seorang diri,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement