Skip to main content

Berita Tempatan

Beautiful Malaysia 2026 Angkat Seni Telepuk, Tarik Perhatian Pelancong

Astro Gempak beautiful_malaysia

Sekilas

  • Program Beautiful Malaysia 2026 mengetengahkan warisan budaya tempatan melalui pengalaman interaktif seperti pertunjukan busana tradisional, tarian, dan pameran makanan di satu lokasi.
  • Segmen Warisan Telepuk diberi nafas baharu dengan aktiviti hands-on dan bengkel bersama pakar untuk memulihara seni tradisional yang semakin dilupakan.
  • Program ini menjadi platform inklusif yang mempromosikan budaya Malaysia sebagai aset pelancongan dan membuka peluang kepada perkembangan ekonomi kreatif tempatan.

Program Beautiful Malaysia 2026 tampil dengan pendekatan lebih segar apabila mengetengahkan warisan budaya tempatan dalam bentuk pengalaman yang interaktif dan dekat dengan pengunjung.

Dianjurkan oleh JK Prestige dan FM Group dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, program ini dilihat sebagai platform penting dalam mempromosikan pelancongan berasaskan budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut wakil penganjur, Jonathan, tema Perpaduan Warisan yang diangkat tahun ini menggabungkan pelbagai elemen budaya Malaysia dalam satu ruang, daripada busana tradisional dan makanan, sehinggalah kepada seni kraf dan gaya hidup moden.

“Beautiful Malaysia 2026 bukan sekadar acara, tetapi sebuah ‘mini Malaysia experience’ dalam satu lokasi.

“Para pelancong dapat merasai kepelbagaian budaya negara dalam masa yang singkat sebelum mereka meneroka destinasi sebenar di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya lagi, konsep ini berfungsi sebagai pintu masuk awal kepada pelancong untuk memahami identiti Malaysia dengan lebih dekat dan menyeluruh.

Berbeza daripada pameran konvensional, program ini menampilkan pengalaman secara langsung melalui pertunjukan busana tradisional pelbagai kaum, persembahan tarian dan nyanyian serta pameran makanan tempatan yang mencerminkan kepelbagaian budaya negara.

Pendekatan rumah terbuka turut diterapkan, menjadikan semua budaya diraikan dalam satu ruang yang sama sekali gus mewujudkan suasana harmoni yang unik kepada pengunjung.

Program ini turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Kopihut sebagai rakan strategik, selain berlangsung di Hextar World Empire City dengan sokongan QM Model House dan DMPAA.

Warisan Telepuk Kembali Diberi Nafas Baharu

Antara tarikan utama yang mencuri perhatian ialah segmen Warisan Telepuk, seni tradisional yang semakin dilupakan generasi hari ini.

Menurut wakil penganjur, Farel Mikhail, pendekatan yang digunakan bukan sekadar pameran, tetapi turut melibatkan aktiviti interaktif seperti bengkel hands-on, demonstrasi teknik asli serta sesi bersama pakar warisan.

“Inisiatif ini bukan sahaja menarik minat pelancong, tetapi turut berperanan dalam pemuliharaan seni tradisional agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya.

Sepanjang lima hari penganjuran, program ini berjaya menarik ratusan pengunjung daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar institusi pendidikan, penggiat seni serta pelancong antarabangsa.

Menurut Farel, penyertaan pelbagai kelompok ini membuktikan bahawa program berasaskan budaya mampu menjadi produk pelancongan yang inklusif dan relevan kepada semua.

“Apa yang penting, program ini bukan sekadar mempamerkan budaya, tetapi menjenamakan semula warisan agar relevan dengan generasi muda.

“Warisan seperti seni Telepuk perlu diberi nafas baharu. Dengan penglibatan pelajar dan institusi pendidikan, kita bukan sahaja mempromosikan budaya kepada pelancong, tetapi juga memastikan kelangsungannya untuk masa depan,” jelasnya.

Budaya Sebagai Aset Pelancongan

Gabungan elemen budaya, pendidikan dan pengalaman interaktif menjadikan Beautiful Malaysia 2026 sebagai antara platform yang berpotensi besar dalam mempromosikan Malaysia di peringkat global.

Program sebegini bukan sahaja memperkenalkan identiti negara kepada pelancong, malah membuka ruang kepada perkembangan ekonomi kreatif tempatan.

Dalam masa sama, ia turut menjadi jambatan antara warisan tradisional dan pasaran moden, sekali gus membuktikan bahawa budaya bukan sekadar tinggalan sejarah, tetapi aset bernilai tinggi yang mampu menarik minat pelancong dari seluruh dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Must-Watch Video

Advertisement