Sekilas
- Azza dari kumpulan Elite berkongsi komen netizen yang menggelarnya selebriti ‘sendu’ dan tidak mesra ketika bertemu.
- Azza membalas dengan tenang dan sindiran, menjelaskan dirinya dari latar belakang B40 dan lebih fokus pada keluarga serta perniagaan sendiri.
- Azza mengingatkan bahawa gelaran artis tidak kekal dan pada usia 40-an, sikap ‘sendu’ adalah sesuatu yang wajar dan tenang.
Anggota kumpulan Elite iaitu Azza berkongsi paparan skrin memperlihatkan komen seorang netizen yang mendakwa dirinya seorang selebriti ‘sendu’.
Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan turut mendakwa pernah bertemu Azza dan menyifatkan penyanyi tersebut sebagai tidak mesra.
“Azza ini pun sama, pernah jumpa dia ini. Tak semengah juga. Artis sendu yang rasa terpaling la tu,” tulis individu tersebut.
Tenang membalas komen berkenaan, Azza tampil memberikan respon secara bersahaja sambil menyelitkan unsur sindiran.
“Terima kasih Datin… minta maaf tau kalau saya tak salam Datin ke apa. Sebab mana mungkin B40 macam saya nak salam Datin T20. Saya ini ada penyakit rendah diri.
“Sendu tu ok la Datin umur macam kita ini tak kan la sama dengan yang 20 kan. Masa 20 itu dah terpaling dah Datin. Umur 40 ini eloklah sendu sikit.
“Masa bersama keluarga, pergi masjid, pergi berniaga… saya pula boss tak pakai duit Datuk, pakai duit sendiri saja,” ujar Azza.
Dalam masa sama, Azza turut mengingatkan bahawa gelaran artis bukanlah sesuatu yang kekal sehingga ke akhir hayat.
“Title artis tak bawa ke kubur Datin. Usia kita macam ini sendu itu perlu tenang-tenang saja,” katanya lagi.
Sumber - Threads