Skip to main content

Berselindung Di Sebalik Teguran Agama? Michael Ang Persoal Motif Pempengaruh Media Sosial - "All I See Is Hati Busuk..."

Michael Ang

Sekilas

  • Michael Ang mengkritik cara seorang pempengaruh media sosial menegur usahawan yang dianggap tidak bertepatan dengan nilai Islam dan berbau menjatuhkan perniagaan.
  • Michael menegaskan teguran harus dilakukan dengan berhemah tanpa mengaibkan atau menjatuhkan orang lain, walaupun dalam konteks agama.
  • Pempengaruh dan usahawan Ojen Aiwahhh pula memberi bayangan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan yang didakwa memuat naik kandungan tidak tepat mengenai perniagaannya.

Pengarah, Michael Ang menyuarakan pendapatnya berhubung isu personaliti media sosial yang cuba menegur seorang usahawan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Michael berpendapat pendekatan yang digunakan pempengaruh tersebut jauh menyimpang daripada nilai Islam sebenar yang sepatutnya mengajak masyarakat kepada kebaikan.

"Something interesting, okay sumpah saya menyampah pak arab feeling alim tu. Semua tak betul, cakap dia orang alim ter naw naw tapi video mengutuk orang lain kaw kaw. Is that what Islam is?

"From your video all I see is HATI BUSUK and not nak dekat kan org dgn agama. Sorry to say, ok u are full of shit to me," katanya.

Michael turut mempersoalkan motif di sebalik video yang dibuat, kerana baginya 'content' itu disifatkan seolah-olah bertujuan unutk menjatuhkan perniagaan tertentu dengan berselindung atas nama teguran agama.

Michael menegaskan bahawa menegur kesilapan seseorang seharusnya dilakukan secara berhemah dan tidak mengaibkan.

"“Nak tegur itu memang dituntut dalam Islam, tapi bila teguran itu berbau nak menjatuhkan bisnes orang, itu sudah melampau. Kalau menegur sampai mengaibkan dan menjatuhkan orang, itu sudah salah,” tambahnya.

Berikut perkongsian penuh Michael Ang:


Terdahulu, pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojen Aiwahhh atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang jurulatih kecergasan yang didakwa telah memuat naik kandungan berunsur tidak tepat sehingga menjejaskan reputasi perniagaannya.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Ojen memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang peguam, yang menjelaskan bahawa beberapa video yang dimuat naik oleh jurulatih kecergasan berkenaan boleh dijadikan bahan bukti untuk tindakan undang-undang.

Menurut peguam tersebut, kandungan yang mengandungi maklumat tidak tepat berhubung perniagaan Ojen berpotensi dibawa ke muka pengadilan sekiranya terbukti menjejaskan nama baik dan kepercayaan pelanggan.

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Jies Washed Loose Fit Straight Leg Cropped Jeans 水洗牛仔裤宽松百搭直筒七分裤 - Gray G8503

Jies Washed Loose Fit Straight Leg Cropped Jeans 水洗牛仔裤宽松百搭直筒七分裤 - Gray G8503

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

Clashe Skirts For Women Korean Style Loose A-line Rok Perempuan Pinggang Getah Denim Skirts

Must-Watch Video

Advertisement