Skip to main content

Viral

Tular Pensyarah Ludah Penjaga Kaunter, Takut Dibuang Kerja: “Saya Sudah Mengajar Ribuan Mahasiswa…”

pensyarah_ludah

Seorang pensyarah dari Fakultas Pertanian Universitas Islam Makassar (UIM), Amal Said atau AS, menjadi tular selepas foto dan videonya meludah seorang penjaga kaunter menjadi sensasi di media sosial.

Sedar aksi kurang sopan itu kini menjadi perdebatan di internet, AS mahu menyelesaikan isu tersebut secara ‘kekeluargaan’. AS juga mengaku video yang tular telah memberi ancaman terhadap kariernya sebagai pendidik yang telah dibina selama lebih tiga dekad.

"Sekarang nama saya sudah rosak, bahkan mungkin juga berakibat ke tempat kerja saya. Semuanya rosak.

“Satu detik saya berbuat itu (ludah), 33 tahun saya menjadi pegawai, mengajar ribuan mahasiswa, tidak dapat dibandingkan dengan insiden tersebut,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

AS dalam pengakuan juga memberitahu sudah melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis selain mahu penjaga kaunter wanita berusia 21 tahun itu juga mengakui kesilapannya.

“Kita manusia saling ada khilaf dalam keadaan tertentu jadi saya harap dia juga sedar. Kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan masalah ini dan berharap dapat diselesaikan dalam keadaan baik. Dosa-dosa saya, saya tanggung sendiri,” katanya lagi.

Pensyarah itu menceritakan dirinya singgah di satu pasaraya untuk membeli makanan ringan dan tidak memotong barisan sewaktu ingin membuat pembayaran. Namun kerana melihat ada kaunter lain yang kosong, dia beralih untuk memudahkan urusan.

“Namun saya ditegur dan berasa terhina dan tidak dihargai. Saya tersinggung, saya ini orang tua,” katanya yang mengakui telah meludah penjaga kaunter muda itu.

Menerusi video yang tular, AS dilihat tidak berpuas hati dengan seorang penjaga kaunter wanita yang menegurnya. Selain memarahi, dia juga meludah gadis tersebut sebagai tanda protes.

Must-Watch Video

Advertisement