Skip to main content

Viral

Tujuh Pemuda Hero Tasik Biru

Kereta tenggelam

Jeritan dan ta­ngisan mangsa yang terperangkap dalam sebuah kereta terjunam ke dalam Tasik Biru, Kundang mendorong sekumpulan pemuda bertindak pantas terjun ke dalam tasik demi menyelamatkan mangsa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa wanita berusia lingkungan 40-an bersama dua anak perempuan masing-masing berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Salah seorang pemuda yang bertindak terjun demi menyelamatkan mangsa, Mohamad Fahmi Ismail, 33, berkata, ketika kejadian dia sedang menikmati juadah moreh sebelum dimaklumkan dalam kumpulan.

WhatsApp komuniti terdapat kereta jenis Proton X50 tenggelam di tasik berkenaan sebelum dia bersama rakan-rakan bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, Mohamad Fahmi mendapati suasana bertukar panik apabila jeritan serta tangisan kanak-kanak kedengaran dari dalam kereta yang hampir tenggelam.

“Bila saya dengar kanak-kanak tu menjerit, terus terba­yangkan dua anak saya. Mula-mula takut juga, tapi saya beranikan diri ke­tepikan rasa takut terjun terus ke dalam tasik berkenaan.

“Ketika saya tiba sudah ada pemuda-pemuda lain, termasuk saya seramai tujuh orang cuba selamatkan mangsa. Kami guna teknik panjangkan tangan. Walaupun begitu, ada juga di antara kami hampir lemas ketika nak selamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Katanya, dalam tempoh 15 minit, kedua-dua kanak ber­kenaan berjaya diselamatkan manakala ibu mereka dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Si ibu, dia yang hampir tenggelam cuba nak selamatkan anak-anak. Nasib baik sunroof kereta terbuka. Jadi boleh keluarkan dari atas. Dengan kea­daan gelap-gelita. Kayu ke ranting langsung tak ada.

“Masa awal-awal sebenarnya tiada langsung yang perasan kereta tu terbabas masuk tasik. Ada orang kerumun tapi mereka ingat tengah buat penggambaran,” katanya.

Mohamad Fahmi yang bekerja sebagai ejen insurans berkata, mangsa difahamkan menyewa di Kampung Setia, Kuang, namun tidak dapat dipastikan punca kejadian sebenar ketika kemalangan berlaku.

Dia memberitahu, setiap tahun pasti berlaku kemalangan kereta terbabas ke Tasik Biru berkenaan disebabkan tiada besi penghadang di sekeliling tasik berkenaan.

“Tasik Biru dalam kalangan orang kampung memang keras dari berzaman ke zaman. Asalnya dulu tempat lombong timah. Dulu ada besi penghadang, sekarang dah tak ada,” katanya.

Sumber & Foto: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement