Skip to main content

Selebriti

Tiz Zaqyah Pernah Jadi Mangsa ‘Pau’ Ketika Zaman Sekolah - “Saya Tak Tahan Apabila…”

Tiz Zaqyah buli

Sekilas

  • Pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan dia sering dibuli oleh seorang senior bernama Tina ketika di sekolah rendah, terutama ketika menaiki bas.
  • Dia sering diminta wang saku oleh Tina, yang menyebabkan Tiz berasa tidak tahan dan melaporkan kejadian itu kepada ayahnya.
  • Selepas laporan tersebut, Tina tidak lagi menaiki bas yang sama dengan Tiz, dan kejadian buli itu berhenti.

Pelakon, Tiz Zaqyah akui pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahannya.

Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak,  insiden itu berlaku ketika dia masih di sekolah rendah dan sering menjadi sasaran pelajar senior yang gemar memintanya duit secara paks

"Saya membesar dengan keadaan saya sering dibuli ketika di sekolah semasa di dalam bas. Saya ada mengenali seorang senior. Saya darjah satu dan dia darjah tiga.

“Nama dia Tina dan dia cantik sangat tetapi dia suka pau saya," tulisnya.

Bagaimanapun, Tiz memilih untuk tidak tunduk pada perbuatan buli tersebut dan terus melaporkan pada ayahnya.

Hasilnya, kanak-kanak perempuan itu tidak lagi kelihatan dari pandangannya bahkan tidak lagi menaiki bas yang sama dengannya.

"Satu hari, saya dah tak tahan apabila duit kumpul hasil pemberian ayah saya yang bernilai RM5 setiap hari asyik diambil orang. Saya mengadu pada ayah saya.

“Saya nampak dia masuk bilik guru besar dan sejak dari hari itu, saya tak pernah nampak dia naiki bas yang sama dengan saya sehingga sekarang. Saya harap dia sihat-sihat sahaja," kongsinya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram mereka pada pembuli tersebut sambil mendoakan Tina berubah menjadi individu yang lebih baik.

"Tergamak eh Tina.

"Semoga dia dah jadi orang yang baik-baik.

"Apa masalah orang yang suka buli ni eh.

"Tina ni memang silap buat macam tu," komen netizen

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement