Skip to main content

Viral

Asyraf Wajdi Akan Panggil Rita Rudaini & MUAFAKAT MRSM - "Tauladan Tidak Baik Buat Pelajar"

asyraf_mara-rita

Sekilas

  • Isu saman fitnah antara pelakon Rita Rudaini dan Yang Dipertua Muafakat MRSM Sungai Besar mendapat perhatian Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Asyraf Wajdi berhasrat memanggil kedua-dua pihak untuk menyelesaikan konflik yang memberi kesan buruk kepada pelajar MRSM.
  • Saman bernilai RM1 juta difailkan selepas Rita didakwa memuat naik kenyataan fitnah di Instagram, WhatsApp dan platform lain.

Isu saman melibatkan pelakon Rita Rudaini dan Yang Dipertua Muafakat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi perkongsian di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya mengambil maklum isu saman fitnah yang dikeluarkan oleh Muafakat kepada selebriti berkenaan.

“Peringkat awal saya tidak mahu campur isu perbalahan antara ibubapa pelajar MRSM.

“Namun atas rasa tanggungjawab saya akan panggil kedua-dua pihak bagi menjernihkan keadaan tidak sihat; bahkan tauladan yang tidak baik buat pelajar,” katanya.

Terdahulu, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Peguam mereka, Datuk Adnan Seman, berkata, saman itu difailkan selepas mendapati Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain.

Must-Watch Video

Advertisement