Skip to main content

Selebriti

Video Lama Lakonan Dengan Janna Nick Tular, Shukri Yahaya Sentiasa Cuba Elak Bersentuhan Dengan Pasangan Gandingan - “Janganlah Kecam Sebab Itu…” 

Shukri Yahaya elak bersentuhan

Sekilas

  • Shukri Yahaya menjelaskan klip lama lakonannya bersama Janna Nick yang tular adalah rakaman tiga tahun lalu, bukan babak baharu.
  • Shukri mengakui dia mengelakkan sentuhan fizikal dengan pelakon wanita ketika berlakon, walaupun tidak menolak sepenuhnya adegan sebegitu.
  • Dalam kerjaya lakonan, Shukri lebih mengutamakan perspektif penonton dan tidak terlalu terikat dengan skrip.

Pelakon, Shukri Yahaya , tampil memberikan penjelasan selepas sebuah klip lama lakonannya bersama Janna Nick kembali tular di media sosial. 

Menurut Shukri, klip tersebut berasal daripada drama yang dirakam sekitar tiga tahun lalu dan bukan babak baharu seperti yang disangka ramai.

“Itu adalah kilp lama saya dan Janna Nick, saya rasa kalau tak silap tiga tahun lepas punya cerita, kemudian timbul kembali.

“Mungkin disebabkan orang terhibur dengan babak di luar yang bukan ada dalam skrip, yang saya dan Janna terfikir waktu itu, jadi anda janganlah kecam, sebab itu adalah klip lama,” ujarnya.

Shukri berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran kempen Ramadan dan Raya Astro bertempat di 20twelve Studio, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shukri juga turut menjawab persoalan mengenai pendiriannya untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon. 

Jelasnya, dia tidak menolak sepenuhnya adegan sebegitu, namun sentiasa mengelakkan sedaya upaya.

“Saya tak cakap tak pegang tetapi saya mengelakkan daripada pegang… Saya cuma cakap apa cerita yang saya berlakon, saya tidak pegang perempuan, saya elakkan,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjayanya, Shukri mengakui dia bukan pelakon yang terlalu terikat kepada skrip, sebaliknya lebih mengutamakan perspektif penonton ketika menjiwai karakter.

“Daripada segi lakonan apa yang saya nampak adalah saya sejenis orang yang tidak patuh sangat dengan skrip.

“Jadi rasanya apa yang saya boleh tambah baik, selalunya begini, kalau saya berlakon, saya bayangkan saya yang sedang melihat lakonan itu.

“Bukan saya berlakon untuk tunjuk pada produksi atau kru teknikal yang saya berjaya buat benda ini, tetapi view saya adalah dari pandangan penonton.

“Macam saya sendirilah yang nak tengok macam mana sesebuah karakter dimainkan,” katanya.

Terdahulu, klip lama lakonan Shukri dan Janna kembali tular di media sosial dan rata-rata netizen menyukai gabungan mereka berdua kerana lucu.

Bagaimanapun ada yang kurang senang dengan beberapa babak lakonan mereka kerana ada sedikit babak bersentuhan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement