Skip to main content

Selebriti

"Sebagai Seorang Lelaki Muslim, 'Boyfriend' Balqis & Bapa Tiri Tak Perlu Masuk Campur..." - Daler Yusuf

Daler Yusof

Sekilas

  • Pelakon Daler Yusof mengkritik tindakan tunang dan ayah tiri Puteri Balqis yang dianggap kasar dan keterlaluan terhadap gadis muda itu di media sosial.
  • Daler menasihatkan mereka supaya tidak campur tangan dalam urusan antara Puteri Balqis dan Mia Sara serta menegaskan pentingnya menjaga bahasa ketika mempertahankan orang tersayang.
  • Isu ini timbul selepas Puteri Balqis mendakwa Mia Sara pernah mengaibkan ibunya dan terlibat dalam insiden buli serta aktiviti tidak bermoral di set penggambaran.

Pelakon, Daler Yusuf berkongsi pendapat berhubung perkongsian tunang dan ayah tiri kepada aktres, Puteri Balqis di media sosial miliknya.

Menerusi Threads, Daler menyifatkan perkongsian mereka adalah keterlaluan dan kasar untuk seorang gadis yang masih muda.

Dalam masa sama, pelakon drama Tuan Anas Mikael itu turut menyarankan agar kedua-dua mereka tidak perlu memasuki campur urusan antara Balqis dan aktres, Mia Sara.

"Sebagai seorang lelaki muslim, aku rasa teman lelaki Balqis dengan bapa tiri itu tak perlu masuk campur urusan perempuan macam ini.

"Selepas baca tangkap layar IG Story, nampak mereka betul-betul kurang ajar dan kasar terhadap seorang gadis berumur 20 tahun. Tak elok langsung cara mereka," tulisnya.

Katanya lagi, dia akui bahawa suami wajib mempertahankan isterinya namun berpendapat bahawa ada cara yang lebih baik dalam melindungi orang tersayang.

"Mempertahankan isteri memang hak dan tanggungjawab suami, itu saya setuju 100 peratus tetapi jaga bahasa itu penting juga terutama apabila bercakap tetang perempuan. Dia sangat kurang ajar dan boleh pertahan dengan cara lebih baik," ujarnya.

Ketika ini, nama Puteri Balqis sedang menjadi perhatian di media sosial susulan perbalahannya bersama seorang lagi pelakon, Mia Sara Nasuha.

Balqis mendakwa Mia Sarah Nasuha, 21, pernah mengaib serta menghina ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental ibunya itu.

Aqish turut mendakwa wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu selain berkongsi pernah diketepikan ketika ingin bergambar bersama peminat kerana dianggap kurang dikenali ketika itu.

Turut viral menerusi pendedahan Aqish mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Must-Watch Video

Advertisement