Skip to main content

Selebriti

"Saya Kecewa Bila Ada Yang Terus Buat Andaian Saya Ke Arah G*y" - Zairi Aziz

Zairi cium

Sekilas

  • Pelakon Zairi Aziz kecewa apabila video tular bersama rakan artis Farihin Arnia disalah tafsir sebagai bukti hubungan LGBT.
  • Beliau menegaskan video tersebut hanyalah untuk 'content' dan hubungan mereka seperti abang dan adik tanpa sebarang perasaan romantik.
  • Zairi menjelaskan jarak dekat dalam video adalah disebabkan permainan memakan biskut panjang, bukan bermaksud apa-apa yang negatif.

Pelakon, Zairi Aziz meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dilabel sebagai 'gay' atau individu yang menjalinkan hubungan songsang LGBT susulan penularan sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

Pelakon drama Kelas Belakang itu turut berharap agar perkara tersebut tidak disalah tafsir sambil menjelaskan video tular yang memaparkan dirinya bersama rakan artis, Farihin Arnia hanyalah sekadar 'content'.

“Sejujurnya, benda itu tak ada apa-apa pun. Tapi saya kecewa bila ada yang terus buat andaian saya ke arah LGBT atau gay. Perkara itu memang tak wujud.

“Saya harap orang ramai tak salah faham kerana ia sekadar permainan untuk ‘content’ sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.

Zairi berkata ketika ditemui pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! Di TGV Cinema Suria KLCC pada Rabu.

Dalam masa sama, adik tiri kepada aktres, Nasha Aziz itu turut menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar adik beradik tanpa sebarang perasaan romantik.

“Hubungan kami sangat rapat, dah macam abang dan adik. Tak pernah ada rasa jijik atau perkara yang tak sepatutnya antara kami,” ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung video tular tersebut, Zairi menjelaskan bahawa permainan berkenaan memerlukan peserta untuk memakan biskut panjang sehingga mencapai ukuran yang ditetapkan.

“Saya hanya duduk diam, manakala Farihin yang perlu bergerak ke arah saya untuk dapatkan saiz kira-kira dua sentimeter (cm). Sebab itu jarak kami nampak sangat dekat dalam video,” katanya.

Terdahulu, video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi netizen selepas ia tular di media sosial, termasuk dakwaan liar mendakwa dia tergolong hubungan LGBT susulan reaksi serta jarak wajah yang dilihat seakan bercium.

Must-Watch Video

Advertisement