Skip to main content

Hiburan

Sharifah Shahirah Jawab Dakwaan Suami Tak Kerja, Dedah Ijoy Ada Bisnes Sendiri & Urus Anak-Anak - “Biarlah Orang Tengok Kita Tak Ada Apa-Apa, Anggap Kita Miskin…”

ff

Sekilas

  • Sharifah Shahirah menafikan dakwaan bahawa suaminya, Ijoy Azhari, tidak bekerja.
  • Ijoy aktif mengurus keluarga, memberi sokongan moral, dan mempunyai sumber pendapatan sendiri termasuk gerai makan serta tawaran lakonan.
  • Shahirah kini tidak kisah dengan pandangan negatif orang ramai dan menghargai usaha suaminya dalam kehidupan mereka bersama empat anak.

Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa suaminya, Ijoy Azhari, tidak bekerja.

Menurut Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, tanggapan tersebut sama sekali tidak benar kerana Ijoy memainkan peranan besar dalam menguruskan keluarga dan memberikan sokongan moral kepadanya.

“Memang ada orang kata Ijoy tak kerja. Kerjalah, kerja dia menyenangkan hati aku.

“Dia yang uruskan keluarga dan beri sokongan. Saya perlukan suami yang menyokong anak-anak daripada belakang.

“Bila saya tak larat, saya akan suruh Ijoy uruskan anak-anak,” katanya.

Shiera berkongsi perkara tersebut menerusi sesi temu bual program audio siar Too Pretty Too Handle yang dimuat naik di saluran YouTube baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shiera menjelaskan suaminya turut mempunyai sumber pendapatan sendiri selain terbuka menerima tawaran lakonan, namun bayaran yang ditawarkan sering kali tidak setimpal.

“Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pun ditawar RM500. Bukan dia tak mahu berlakon.

“Kalau saya buat ulasan di Instagram, lebih daripada itu saya boleh dapat. RM500 nak suruh orang berlakon,” ujarnya.

Akui Shiera, dia kini tidak lagi kisah dengan persepsi orang ramai yang memandang rendah terhadap kehidupan mereka.

“Saya jadi malas, biarlah orang tengok kita tak ada apa-apa, anggap kita miskin. Saya dah tak kisah.

“Kalau orang cakap lelaki kena buat itu ini, saya tak boleh buat apa. Saya tahu Ijoy sudah cuba yang terbaik,” katanya.

Tambahnya, setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, termasuk suaminya.

“Saya tak boleh buktikan kepada semua untuk jadi yang terbaik. Ijoy ada kelebihan lain, dalam buruk dia ada baiknya juga.

“Kita semua ada rezeki dan cara masing-masing,” jelasnya.

Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy pada tahun 2003 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel (22), Airra (19), Audra (17) dan Adeena (10).

Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Tallisya yang kini berusia 28 tahun.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Must-Watch Video

Advertisement