Skip to main content

Selebriti

Bebytora Gementar Nak Bersalin, Mohon Dipermudahkan Urusan - “Tak Kira Czer Atau Normal Yang Penting…”

Bebytora nervous nak bersalin

Sekilas

  • Bebytora atau Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli berkongsi berita bakal bersalin tidak lama lagi menerusi Instagram.
  • Dia berasa gementar tetapi berharap proses bersalin dipermudahkan dan susu badan meriah selepas kelahiran.
  • Bebytora diberi pilihan untuk bersalin secara normal atau pembedahan dan kini sedang berusaha meningkatkan tahap hemoglobin sebelum bersalin.

Personaliti media sosial, Bebytora memaklumkan bahawa dirinya bakal bersalin tidak lama lagi.

Bebytora atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di akaun Instagramnya.

Menurut Bebytora, dia berasa sedikit gementar dan berharap agar segala proses bersalin dipermudahkan.

“Lagi beberapa hari kita dah nak masuk wad dah. Semoga semuanya dipermudahkan. Kejap sahaja rasa masa berlalu.

“Tak sabarnya nak jumpa anakku tapi dalam masa yang sama gementar. Moga susu badan meriah lagi lepas ni,” kongsinya.

Dalam satu hantaran lain, Bebytora juga memaklumkan bahawa dia diberi pilihan sama ada mahu bersalin secara normal atau pembedahan.

“Alhamdulillah pejam celik pejam celik masa pun dah nak dekat. Doktor suruh buat pilihan nak normal atau czer.

“Dulu risau juga sebab hb selalu sangat rendah, 9 macam tu sahaja tapi alhamdulillah sekarang dah makin naik hari demi hari Iepas consume vitamin.

“Sekarang tengah  usaha naikkan lagi. Semoga Allah mudahkan urusan Tira. Tak kira ceaser atau normal, yang penting baby selamat.

“Semoga baik-baik sahaja. Tira hanya berserah pada Allah. Maaf ye korang kalau ada salah silap,” coretnya.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement