Skip to main content

Hiburan

Nama Betul Jauh Lebih Panjang, Hannah Delisha Kongsi Asal Usul Nama Komersial - “Delisha Itu Nama Kumpulan…”

dfggd

Sekilas

  • Pelakon Hannah Delisha berkongsi bahawa nama Delisha berasal daripada kumpulan duo yang pernah disertainya bersama adiknya sebelum bergelar pelakon.
  • Nama Delisha mempunyai maksud positif iaitu untuk membahagiakan orang, manakala nama sebenar Hannah lebih panjang daripada nama pentasnya.
  • Sebelum popular sebagai pelakon, Hannah pernah mengeluarkan lagu duet berjudul Retak dan dua lagu solo iaitu Esok Masih Ada serta Tak Perlu Kata Apa-Apa.

Pelakon Hannah Delisha tampil berkongsi asal usul nama komersial yang digunakannya sehingga hari ini.

Menurut Hannah, nama Delisha sebenarnya bukan nama sebenar miliknya, sebaliknya diambil daripada nama kumpulan duo yang pernah disertainya sebelum bergelar pelakon.

 

@inayahbeautytrading Baru tahu nama betul hannah weh😍#hannadelisha#berryfull#fyp ♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) - PONCHET

 “Delisha itu nama group duo. Hanna memang nama saya, Delisha bukan. Lepas itu saya bawa nama itu sampai sekarang,” katanya.

 

Tambah pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu lagi, nama Delisha juga mempunyai maksud yang baik.

“Kalau tak silap saya, maksud Delisha adalah untuk membahagiakan orang,” jelasnya.

Dalam masa sama, Hannah turut mendedahkan nama sebenarnya jauh lebih panjang berbanding nama pentas yang dikenali ramai.

“Nama betul saya Hannah Adlina, sebenarnya panjang lagi kalau nak Google,” ujarnya berseloroh.

Sebelum namanya melonjak sebagai pelakon, bintang asal Singapura itu terlebih dahulu mengasah bakat dalam bidang nyanyian menerusi kumpulan duo Delisha yang dianggotai bersama adiknya, Mia Delisha.

Mereka pernah tampil dengan lagu duet berjudul Retak pada 2015 sebelum Hanna mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Tidak terhenti di situ, Hannah turut melancarkan dua lagi lagu iaitu Esok Masih Ada dan Tak Perlu Kata Apa-Apa.

Sumber: TikTok Inayah Beauty Trading

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement