Sekilas
- Puteri Balqis menegur Janna Nick yang didakwa mencampuri urusan keluarganya secara terbuka di media sosial.
- Aqish menegaskan bahawa hal peribadi keluarga tidak patut dijadikan bahan ulasan umum kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
- Isu ini bermula selepas Puteri Balqis meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dirinya dan ibunya di hadapan orang ramai.
Pelakon, Puteri Balqis tampil menegur sikap aktres Janna Nick yang didakwa seolah-olah mencampuri urusan melibatkan keluarganya.
Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menyuarakan perkara itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Insta Story miliknya.
Menurut Aqish, tidak semua perkara wajar dijadikan bahan ulasan umum, apatah lagi melibatkan hal peribadi sesebuah keluarga.
“Saya harap artis yang acah savage, tapi jiwa tak kental mana, tak perlu masuk campur. Kami tak nak posting berlarut.
“Kalau saya kaliam***kan akak Janna hari ini 20 kali, kakak boleh let go saya tak? Boleh move on?Jawapannya tak. Sebab kakak ada maruah yang perlu dipertahankan.
“Dan yang pastinya kaliam** dari saya akan segar dalam ingatan kakak. Kakak akan teringat-ingat wajah Megan Fox saya, badan ala-ala cutting model saya, senyuman manja saya, gigitan bibir sexy saya,” coretnya.
Tegas Aqish lagi, sebarang sindiran atau komen terbuka hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan tidak membantu menyelesaikan masalah.
“Kakak akan perli saya dan ibu saya di live, di rancangan rancangan bodoh yang akak ada,
di majlis-majlis selebriti yang tak berbayar satu sen pun, dan di semua platform kakak.
“Rakan-rakan artis kakak akan masuk comment, Precise, i love youuu janna! Stay strong janna!! We know you very wel!!! Go janna!
“Maafkan saya. B*** dari saya sekali lagi. Akak boleh upload dalam Threads dan bagitau sekalian alam betapa biadapnya saya pada senior wanna be seperti kakak yang tikam kami dari belakang.


Terdahulu, isu ini mula tercetus selepas Puteri Balqis meluahkan rasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.
Malah Aqish mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.