Skip to main content

Selebriti

Rujuk Senario Sebagai Inspirasi, Agak Laen 2: Menyala Pantiku! Tak Terikat Dengan Filem Pertama - "Kami Lebih Bebas..."

Agak laen

Sekilas

  • Ernest Prakasa dedah filem Agak Laen 2: Menyala Pantiku! ambil inspirasi daripada filem komedi kumpulan Senario dengan jalan cerita baru yang tidak berkait dengan filem pertama.
  • Konsep ini beri kebebasan kepada produksi untuk hasilkan idea segar tanpa perlu sambung kesinambungan plot asal.
  • Filem arahan Muhadkly Acho ini mengisahkan empat detektif yang menyamar di rumah jagaan orang tua untuk selesaikan kes pembunuhan, mula ditayangkan 4 Disember 2025 di seluruh pawagam negara.

Penerbit filem pecah panggung Indonesia, Agak Laen 2: Menyala Pantiku! iaitu Ernest Prakasa mendedahkan ada mengambil rujukan daripada filem-filem komedi popular kumpulan pelawak tersohor Senario.

Menurutnya, walaupun filem kedua ini mengekalkan nama yang sama seperti karya pertama, ia hadir dengan jalan penceritaan baharu.

Keputusan untuk membawa cerita berbeza itu juga tercetus selepas kejayaan filem pertama.

“Kami berpendapat jika filem pertama kami berjaya, kami mahu mengembalikan konsep seperti dahulu dengan mengambil rujukan daripada filem-filem Senario.

“Kedua-dua filem akan menggunakan nama yang sama tetapi jalan ceritanya tidak saling berkaitan," katanya kepada Gempak.

Ernest berkongsi perkara demikian ketika menghadiri sidang media tayangan filem Agak Laen 2: Menyala Pantiku! di Suria KLCC baru-baru ini.

Katanya, pendekatan ini memberi kelebihan kepada pihak produksi untuk menghasilkan karya yang tidak terikat dengan filem pertama, sekali gus membolehkan mereka berkarya dengan lebih bebas dan kreatif.

"Kelebihan konsep ini ialah kami dapat menghasilkan idea baharu yang lebih segar dan tidak terikat dengan karya sebelumnya. Kami juga tidak perlu mengejar kesinambungan plot.

“Kami lebih bebas berkarya, mencipta apa sahaja dan boleh menjadi lebih kreatif," ujarnya.

Filem arahan Muhadkly Acho ini mengisahkan empat detektif iaitu Bene, Boris, Jegel dan Oki yang terdesak menyelamatkan kerjaya mereka atas reputasi yang kurang baik dalam tugasan lepas.

Dalam tugasan ini, mereka perlu menyamar di sebuah rumah jagaan orang tua untuk mengesan pelarian yang disyaki terlibat dalam pembunuhan anak datuk bandar.

Agak Laen 2: Menyala Pantiku! telah menemui penonton pada 4 Disember 2025 di pawagam seluruh negara.

Must-Watch Video

Advertisement