Skip to main content

Berita

Pak ‘Guard' Nepal Liwat Kucing Didenda RM40,000, Sempat Minta Hakim Kurangkan Hukuman - “Saya Nak Balik Nepal Mak Sakit…”

guugu

Sekilas

  • Seorang pengawal keselamatan warga Nepal dikenakan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mendera kucing secara kejam di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning.
  • Jika gagal membayar denda, lelaki berusia 33 tahun itu akan dipenjara selama 15 bulan mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
  • Tertuduh mengaku bersalah dan memohon hukuman ringan kerana ingin pulang ke Nepal, namun pihak pendakwa raya menuntut hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Perbuatan jijik seorang pengawal keselamatan warga Nepal meliwat kucing mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman denda RM40,000 terhadapnya. 

Arman Shah, 33, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Nor Hasniah Ab Razak atas satu pertuduhan mendera haiwan itu secara kejam.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa mendera binatang terbabit di tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini pada jam 12.30 tengah malam, 15 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Arman yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan.

“Saya salah, kurangkan hukuman, saya nak balik Nepal sebab mak sakit,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal menegaskan kelakuan tertuduh sangat keterlaluan, kejam dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.

"Kes ini telah mendapat perhatian umum sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran orang awam.

"Mohon hukuman berat sebagai pengajaran bukan hanya kepada tertuduh malah masyarakat,” katanya.

Pada 21 November lalu, Sinar Harian melaporkan, lelaki itu dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan iaitu berpakaian separuh bogel dan memasuki Malaysia tanpa dokumen sah.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement