Skip to main content

Selebriti

Nampak Macam 'Baby Bump’, Netizen Syak Eyka Farhana Sedang Hamil - "Kalau Betul, Alhamdulillah..."

Eyka farhana hamil

Sekilas

  • Pelakon Eyka Farhana mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video menari di TikTok yang dikongsi oleh suaminya, Akhyar Rashid.
  • Netizen mula berteka-teki melihat 'baby bump' pada Eyka dalam video tersebut, menimbulkan spekulasi dia sedang hamil.
  • Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri pada 2 Mei 2025 dalam majlis akad nikah tertutup.

Pelakon, Eyka Farhana mencuri perhatian warganet selepas memuat naik perkongsian  video menari di platform TikTok baru-baru ini. 

Menerusi hantaran yang dibuat oleh suaminya, Akhyar Rashid, netizen mendakwa aktres cantik itu kelihatan seolah-olah sedang hamil. 

Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengenakan pakaian satin berwarna merah jambu, manakala Akhyar tampil ringkas dengan t-shirt hitam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula berteka-teki selepas melihat  ‘baby bump’ pada pelakon yang popular menerusi drama Juvana itu.

"Macam dah tiga bulan. Tahniah.

"Nampak baby bump. Kalau betul, Alhamdulillah.

"Mengandung. Baby bump comel.

"Macam nampak baby bumpu," komen netizen.

Sekadar info, Eyka Farhana akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup pada 2 Mei 2025.

Must-Watch Video

Advertisement