Sekilas
- Linda Jasmine dan Ratu tersingkir di minggu keenam Talk To My Manager 2 selepas persembahan lagu Oh! Carol bersama Chubb-E kurang mendapat markah juri.
- Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keenam dimenangi oleh pasangan Adira dan Anggrek, membawa pulang RM2,000 dan hamper dari Eskayvie.
- Program dikendalikan oleh Aznil Nawawi dengan juri Sarimah Ibrahim dan AC Mizal, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Perjalanan bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Linda Jasmine dan Ratu terhenti di minggu keenam.
Dengan tema Dua Tiga Kucing Berlari, Linda Jasmine dan Ratu gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Oh! Carol duet bersama Chubb-E.
Turut berada ditangga tiga terbawah adalah Ani Mayuni X Viviana dan Safura X Kim Khairii.
Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu keenam menjadi milik Hasil Adira dan Anggrek.
kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.
Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain.
Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.