Skip to main content

Viral

"Our Time Will Come" - Tiara Jacquelina Teringin Bekerjasama Dengan Mimi Lana, Puji Semangat Datang Uji Bakat PGL

Astro Gempak tiara mimi

Sekilas

  • Tiara Jacquelina beri penghargaan kepada Mimi Lana atas keberaniannya menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Mimi mengakui uji bakat PGL sangat mencabar kerana perlu menyanyi, berlakon dan menari serentak.
  • Mila Mohsin dan Aisha Retno diumumkan sebagai penggalas watak utama dalam musim baharu PGLM.

Penerbit dan pengarah teater Tiara Jacquelina tampil memberi penghargaan kepada pelakon Mimi Lana susulan keberaniannya menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical.

Menerusi hantaran Instagram Story, Tiara memuat naik semula laporan mengenai kenyataan Mimi yang mengakui proses uji bakat PGL bukan sesuatu yang mudah selain menyifatkan pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai layak.

Dalam perkongsian sama, Tiara turut menitipkan ucapan penuh penghargaan buat Mimi.

“My dearest @missmimilana, thank you for being so gracious, i love you for that.

“InsyaAllah, i really look forward to directing you someday. Our time will come,” tulisnya.

Sebelum ini, Mimi mengakui dia turut menghadiri sesi uji bakat PGL dan menyifatkan pengalaman tersebut sebagai antara audition paling mencabar pernah dilaluinya kerana perlu menyanyi, berlakon dan menari dalam satu masa.

Untuk rekod, Mila Mohsin dan Aisha Retno diumumkan sebagai penggalas watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah bagi musim baharu PGLM.

Manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah pula membawakan watak Bayan serta watak Hang Tuah pula dipegang oleh Aqasha.

Untuk watak Sultan Melaka pula diberikan kepada Luqman Hafidz dan Yusuf Hashim membawakan karakter Gusti Adipati.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement