Skip to main content

Hiburan

Lakonan Sky Iskandar Dalam GBGTH Dipuji Ramai - “Menjadi Dia Buat Babak Cemas & Takut”

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven (GBGTH), mendapat pujian warganet kerana jalan cerita yang dekat dengan realiti masyarakat.
  • Pelakon utama seperti Beto Kusyairy, Zahirah Macwilson, dan Sky Iskandar berjaya meninggalkan kesan emosi mendalam kepada penonton.
  • Drama ini ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra dan boleh distrim lebih awal melalui Astro GO dan aplikasi Sooka.

Siri premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven (GBGTH) terus menjadi bualan warganet apabila menyifatkan drama itu begitu dekat dengan realiti yang berlaku dalam masyarakat.

Bukan itu sahaja, warganet turut memuji barisan pelakon diketuai Beto Kusyairy dan Zahirah Macwilson yang berjaya meninggalkan kesan kepada emosi penonton.

Terbaharu, pelakon yang memegang watak Ustaz Reyhan iaitu Sky Iskandar turut meraih pujian penonton..

Menurut penonton, Sky dilihat berjaya menjiwai watak seorang pendidik yang mempunyai banyak rahsia terpendam sehingga menjadi punca kepada perwatakannya yang lembut.

Meninjau ke media sosial, rata-rata netizen turut memuji memek muka Sky yang berjaya menunjukkan reaksi cemas dan takut meskipun hanya beberapa episod ditayangkan.

Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement